ARTIKEL SEBELUM

22/05/12

Dato Sri Nizar Jamaludin Di tipu lagi








Kerana marah Projek tak di luluskan oleh Kerajaan Umno Perak, Zamhuri tanpa berselindung telah membongkarkan gejala rasuah yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan  negeri Perak sehingga mendakwa sesetengah pemimpin dan kakitangan agensi kerajaan perlu disogok dengan wang, hiburan, termasuklah perkhidmatan Amoi dari Thai sebelum meluluskan sesuatu projek.

Si Mangkok hayun ini dengan langtang mengeluarkan kenyataan  keluar UMNO dengan  bertempik "Hidup DAP", "Allahuakbar" beberapa kali konunnya kerajaan BN sedia ada di Perak harus ditukar dalam PRU nanti.

Tapi akhirnya  Mangkok hayun buat " U TURN  " bila projek Pasir telah di luluskan...menangis teresak- esak hanya sekadar gimik untuk meluahkan perasaan . Katanya beliau menyesal dan bertaubat kerana telah menghina  Umno,ujarnya lagi saya memohon maaf kepada semua ahli  Umno, perjuangan saya hanya agama ,bangsa dan negara ,  Saya tidak dapat pembelaan dalam mencari makan dan perniagaan secara jujur katanya... ha ha ha..  bodek punya kenyataan beliau.,Memang hodoh punya perangai Zamhuri ini.

Semua orang PR telah terpedaya dengan Mangkok ini..

Dato Sri Ir.Nizar pun kena tipu  dengan orang gelagat Ahli Umno ini yang hanya bersandiwara  mahu  menyokong PR dan keluar Umno. Dato Sri Nizar sanggup turun ke program Zamhuri   bagi meraikan kemasukan beliau ke dalam Parti DAP, tetapi gembiraan  itu hanya seketika kerana  Zamhuri telah kembali balik ke pangkuan Umno . 

Ini satu pengajaran bagi kita penyokong PR supaya jangan terpedaya dengan gimik orang umno yang nak sertai PR kerana banyak sejarah telah tercipta sepatutnya menjadi pengajaran dan iktibar supaya kita jangan bergitu ghairah dan leka.

Masih segar dalam minda saya di saat penyokong PR Perak terlompat  kegirangan dengan kemasukan Adun Bota  YB Nasarudin dan akhirnya beliau juga yang menjadi duri dalam daging dengan menikam PR dari belakang terutama MB Dato Sri Nizar sehingga tersungkurnya kerajaan pilihan rakyat gara gara menerima Jeneral Jeneral Umno tanpa usul periksa.




posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud