ARTIKEL SEBELUM

17/05/12

Bacul Dan Pengecut !!


Bacul dan pengecut itulah ungkapan yang sesuai kepada golongan yang tidak bertanggungjawab merosakkan harta benda orang lain tanpa memikirnya dengan keadaan waras.

Golongan yang biasa terlibat ini dinamakan vandalisma yang tidak boleh melihat keadaan itu dalam keadaan baik atau sempurna serta keinginan untuk merosakkan hak orang lain ini satu tindakan tidak bertanggungjawab.

Vandalisma ini bukan sahaja berlaku dalam arena politik semasa namun vandalisma juga berlaku seperti merosakan harta benda wama tanpa sebab kecuali untuk memuaskan nafsu semata-mata atau kerana ingin tunjuk kekuatan kepada orang sekeliling bahawa mereka boleh lakukan apa sahaja tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Vandalisma politik pula merujuk sesebuah parti tidak senang melihat lawannya gah dengan adanya bahan kempen atau publisiti.

Bagi merosakkan imej sesuatu parti itu, maka unsur-unsur jahat dan vandalisma inilah yang menyebabkan berlaku seperti dalam gambar di atas. Politik di Malaysia boleh disifatkan politik "Engkau sahaja yang boleh siar, orang lain tidak boleh".

Apa gunanya berpolitik jika tidak mahu ada pihak lawan yang dinamakan status quo? Politik yang bijak adalah melontarkan idea yang bernas supaya rakyat menilai dan bukannya politik vandalisma ala-ala budak sekolah menengah.

Tidak senang dengan kemasyuran seseorang makan rosaklah kemasyuran itu ditangan yang jahil. Apakah ini salah mereka yang melakukan vandalisma atau salah pemipin yang gagal mencorakkan nilai-nilai beretika dan beradab dalam kehidupan seharian?

Untuk apa kita berpolitik sekiranya ada perosak yang sering merosakkan harta benda. Ibarat sawah padi yang rosak padinya kerana seekor tikus~




Jasin daily

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud