ARTIKEL SEBELUM

20/04/12

SPR Kata saya sudah mati

Oleh: Masdar Wahid

KUALA LUMPUR 20 April: Liau Kok Fah, ahli jawatankuasa pemandu Bersih mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengatakan beliau sudah mati selepas namanya dikeluarkan dari daftar pemilih suruhanjaya itu.

Walaupun beliau pernah mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004, namun beliau gagal mengundi pada PRU lalu selepas namanya tiada dalam daftar pemilih selepas dikatakan sudah 'meninggal dunia'."Pada 2010, saya sendiri menemui Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengenai stautus saya dan mengapa nama saya tiada dalam daftar pemilih selepas gagal mengundi.

"Selepas mereka periksa, saya dikatakan sudah mati, so siapa saya yang sedang berdiri sekarang ini," soalnya kepada Suara Keadilan selepas ditemui pada sidang media Bersih 3.0 hari ini.Beliau turut menunjukan memberikan nombor kad pengenalan beliau untuk wartawan menyemaknya sekali lagi.

"Kali terakhir saya menyemak nama saya, dua bulan lalu dan mendapati nama saya masih tiada walaupun saya sendiri sudah bertemu dengan pengerusi SPR sebelum ini."Saya dikatakan sudah meninggal dunia pada 1970, walaupun pernah mengundi pada PRU 2004," katanya yang turut berbaju Bersih hari ini.

Sementara itu, semakan Suara Keadilan di laman SPR mendapati beliau dinyatakan 'tiada rekod' dalam daftar pemilih itu selepas diperiksa hari ini.Sebelum ini, Suara Keadilan turut melaporkan kes sama yang dihadapi seorang lelaki Cina bernama Ivan Ho Heng Thong.

Ivan turut membuat laporan polis berhubung kes itu, namun tiada respon positif diterimanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud