ARTIKEL SEBELUM

23/04/12

Scorpene: Zahid Hamidi cuba berlagak hero, kini buat U-Turn


KUALA LUMPUR 23 April: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disifatkan cuba membuat pusingan U, apabila sebelum ini memberi jaminan akan memberi keterangan di mahkamah Perancis, jika diminta berbuat demikian.
Bagaimanapun,  Zahid Sabtu lalu berkata, beliau tidak akan hadir atau menghantar wakil dalam perbicaraan berkaitan rasuah pembelian Scorpene bernilai RM7.3 bilion itu.
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, Zahid cuba berlagak hero sebelum membuat ‘U-Turn’ dengan kenyataan terbarunya.
“Dulu bukan main berani. Kenapa sekarang takut? Ini menunjukkan Zahid sudah buat ‘U-turn’. Itu lah, nak jadi Hero sangat. Sekarang tak berani pergi pula,” katanya.
Zahid pada 11 Mei tahun lalu berkata, beliau sedia memberi keterangan untuk membuktikan ketelusan kerajaan dan supaya mahkamah menentukan kebenaran dalam kes itu.
Mengulas lanjut, Tian berkata, Zahid cuba mengambil alih kesalahan yang dilakukan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menjadi menteri pertahanan.
“Takkan dia (zahid) nak pergi (sebagai saksi) atas kesalahan orang lain?  Sebenarnya, memang bukan tanggungjawab Zahid pun, tapi Menteri Pertahanan ketika urusaniaga pembelian Scorpene dibuat, iaitu Najib Razak,” jelas Tian.
Khamis lalu, Paris Tribunal Grande Instance menerima senarai saksi yang dicadangkan Suaram, antaranya Najib selaku menteri yang bertanggungjawab ketika pembelian Scorpene pada 2002 dan Zahid yang kini menjadi menteri pertahanan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud