ARTIKEL SEBELUM

26/04/12

Scorpene: Mengapa Tengku Adnan gelabah?

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang menyatakan bahawa tindakan Suaram mengemukakan kes berhubung pembelian kapal selam Scorpene ke mahkamah Perancis merupakan usaha untuk mengucar-kacirkan negara.

“DPPM juga menyangkal dakwaan Datuk Seri Adnan bahawa usaha Suaram sebagai mahu memalukan orang dan hendak menimbulkan fitnah,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar) kepada Harakahdaily.

Bagi DPPM, katanya apa yang diusahakan oleh Suaram bukannya fitnah atau mahu memburukkan orang lain sebaliknya ia adalah sebuah fakta yang perlu didedahkan bagi mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin terbabit.

Tambahnya, tindakan Suaram sebenarnya adalah tindakan terpuji kerana tidak mahu bersekongkol dengan pemimpin yang melakukan penyelewengan dan mengaut kekayaan dari duit rakyat.

Sepatutnya, kata beliau Adnan merasa malu kerana rakyat tidak lagi menaruh kepercayaan terhadap mahkamah di Malaysia.

“Timbulnya prejudis bahawa mahkamah Malaysia juga dipengaruhi oleh kuasa politik terutama kes yang melibatkan pemimpin-pemimpin negara.

“Rakyat seluruhnya masih memperkatakan bagaimanakah misteri pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang masih tidak terjawab sehingga kini serta bagaimana kes ini dilayan sedemikian rupa sehinggakan bapa mendiang terpaksa ke mahkamah antarabangsa bagi mencari keadilan dan pembelaan sewajarnya terhadap anaknya,” ujarnya.

Riduan berkata, DPPM berpendapat, kenyataan Adnan lebih mirip kepada kenyataan orang yang sedang dalam ketakutan.

“Mungkin beliau bimbang kebenaran akan tersingkap yang menyebabkan pemimpin negara ini akan turut terheret sama untuk didakwa.

“Jika benarlah demikian, bukan setakat Perdana Menteri, malah beliau dan Umno keseluruhannya akan terjejas teruk,” katanya lagi.

Maka, ujarnya akan berakhirlah sebuah riwayat Umno dan gelaplah masa depan Adnan.

Paling penting, kata beliau mungkin Pilihan raya Umum ke-13 tidak akan berlangsung dalam masa terdekat sebagaimana yang mereka rancangkan. - Harakahdaily,

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud