ARTIKEL SEBELUM

5/04/12

Phahrolrazi, Ismail akhirnya angkat sumpah

Dua lagi anggota exco kerajaan negeri hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit, di Alor Setar.

Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh sebelum ini tidak mengangkat sumpah bersama lapan lagi exco pada 28 Februari lalu kerana menolak dilantik semula ke jawatan itu.

Senarai exco yang dikeluarkan selepas majlis itu menyaksikan beberapa perubahan portfolio dengan Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul kini menjadi pengerusi jawatankuasa agama, pelajaran dan koperasi, pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan.

Datuk Amiruddin Hamzah kini menjadi pengerusi jawatankuasa industri dan pelaburan, perumahan, kerja raya, pertanian dan industri asas tani dan bioteknologi.


Manakala Phahrolrazi dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa kerajaan tempatan, bekalan air, sumber air dan tenaga.

Sebelum inil Phahrolrazi memegang portfolio perumahan, kerajaan tempatan, kerjaraya, bekalan air dan sumber air dan tenaga.Portfoli perumahan dan kerjaraya kini diambilalih oleh Amiruddin.

Dr Ismail pula dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa NGO, sains dan inovasi, teknologi maklumat dan komunikasi. Sebelum ini, Ismail merupakan exco kesihatan, NGO dan pembangunan insan, sains dan inovasi, teknologi makluma dan komunikasi.




Azizan: Yang negatif sudah positif

Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib, Datuk Siti Ashah Ghazali, Datuk S Manikumar, Lim Soo Nee, Abd Ghani Ahmad dan Tan Joon Long @ Tan Chow Kang, yang menerima tawaran pelantikan semula lebih awal, kekal dengan jawatan masing-masing.

Dr Hamdan kekal sebagai pengerusi jawatankuasa belia dan sukan, kebudayaan, kesenian dan warisan dan ditambahkan dengan portfolio kesihatan; Abd Ghani kekal sebagai pengerusi jawatankuasa penerangan, badan-badan bukan kerajaan dan pembangunan insan.

Siti Ashah kekal sebagai pengerusi jawatankuasa pembangunan wanita, pembangunan keluarga dan kebajikan masyarakat; Manikumar sebagai pengerusi jawatankuasa pelancongan, hal ehwal masyarakat india dan hal ehwal masyarakat siam.

Lim kekal memegang jawatan pengerusi jawatankuasa perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, perpaduan dan pengurusan sumber manusia manakala jawatan pengerusi jawatankuasa alam sekitar, hal ehwal masyarakat cina dan pengangkutan kekal disandang Tan.

Azizan ketika ditemui pemberita selepas majlis angkat sumpah itu berkata dengan pelantikan semula dua exco berkenaan diharap mereka akan dapat bersama memadu tenaga demi membawa pentadbiran Kedah ke arah yang lebih mantap.

"Saya gembira kerana kedua-dua exco dapat bersama semula. Di samping akan menghadapi pilihan raya, kita akan kemaskan saf...apa yang negatif, semua sudah positif," katanya di Alor Setar hari ini.

- Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud