ARTIKEL SEBELUM

15/04/12

Pemain Itali mati selepas rebah di padang

pemain itali 

ROM - Pemain tengah kelab Livorno, Itali, Piermario Morosini meninggal dunia di hospital selepas rebah di padang, dipercayai akibat serangan jantung, ketika perlawanan Serie B di Pescara, hari ini.

Bekas pemain Itali bawah 21 tahun ini, rebah ketika perlawanan Serie B masuk minit ke-31.
Lega Serie B dalam satu kenyataan media, yang disiarkan menerusi laman web berkata, "tragedi di padang. Selepas serangan jantung ketika pertemuan Pescara dan Livorno, Piermario Morosini meninggal dunia."
Morosini, 25, dibawa ke hospital Santo Spirito dan diisytihar meninggal dunia.

Ekoran kejadian ini yang mengejutkan banyak pihak di Itali perlawanan ditangguhkan.
Bulan lalu, pemain Bolton, Fabrice Muamba, 24, dilaporkan secara teknikal telah meninggal dunia selama 78 minit ketika perlawanan Piala FA Inggeris, juga akibat serangan jantung.Morosini dipinjamkan kepada Livorno oleh Udinese, kelab Serie A.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud