ARTIKEL SEBELUM

29/04/12

Najib Razak mintak maaf weh !!



sebelum membaca  mari kita tonton  video yg kejam ini !!! saudara budiman renung2 kan lah




Ketua Polis Negara dan Hisahamudin melawat wartawan.



Pelik Aku !!  adakah wartawan ini seorang sahaja yg cedera di dalam insiden BERSIH 3.0 ? Berpuluh puluh malah mungkin beratus lagi yang tercedera akibat keganasan melampau Polis dalam menyuraikan peserta Bersih , adakah adil bagi seorang Pedana Menteri hanya memohon maaf kepada seorang wartawan ?

Adakah kerana dia berkerja dengan akhbar pencacai dan di tugas untuk mencari bahan untuk di manupulasi   siaran berita untuk BN, maka Najib terlah mencemar duli memohon maaf di atas ketelanjuran insiden tersebut bagi pihak polis.?

Bagi saya penulis, Najib Razak   beliau selaku PM harus memohon maaf kepada semua mangsa yang terlibat pada  insiden keganasan , bukan hanya pada seorang individu sahaja .Baru slogan rakyat di utamakan itu betul..



Aku Petik Dari Msiakini
Wartawan dakwa dipukul polis, Najib minta maaf


Wartawan akhbar The Sun, Radzi Razak yang mendakwa dipukul sehingga tujuh orang anggota polis hari ini menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Radzi, Najib telah meminta maaf kepadanya atas insidentersebut.

Najib dilihat berbisik kepada Radzi ketika melawat wartawan tersebut di wad Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Radzi ketika ditemui mengesahkan bahawa beliau dipukul oleh tujuh anggota berkenaan ketika berada di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Razak dalam insiden semalam.
Turut mengunjungi Radzi hari ini ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud