ARTIKEL SEBELUM

28/04/12

Lihat ni Artis pun pergi Demo Bersih 3.0

Aishah wa caya sama lu



Ambiga isytihar BERSIH 3.0 berjaya, 250,000 hadir





Gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil (BERSIH) berkata perhimpunan mereka berjaya dan mendakwa 250,000 rakyat Malaysia turun menyertai BERSIH 3.0 menuntut reformasi pilihan raya.


"Dalam erti kata tersebut, ia adalah satu kejayaan," kata pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dalam sidang media selepas perhimpunan tersebut.



"Suasana yang hebat dan bilangan yang ada di situ - ia amat besar.


 .

Kira-kira 300 perserta himpunan di tahan

KUALA LUMPUR: Kira-kira 300 peserta himpunan Bersih 3.0 ditahan oleh polis dan sebahagian mereka diletak di Pusat Latihan Polis (Pulapor).

Turut ditahan adalah wartawan Harakah dari Kedah, Izwan Abdul Halim.

Bekas Profesor Universiti Islam Antarabangsa, Dr Abdul Aziz Bari juga turut ditahan di samping Tian Chua, anggota Parlimen Baru.Abdul Aziz dan Tian Chua telah dimasukkan ke dalam trak yang sama dengan beliau.

Kesemua mereka sebelumitu dikumpulkan di Dataran Merdeka sebelum dibawa ke Pulapol menaiki bas PDRM dan trak polis.

Di dalam trak itu, ramai antara mereka yang cedera dan berdarah.









Polis tembak gas pemedih mata





(Polis menembak gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan)


(Wajah-wajah pedih selepas terkena gas pemedih mata di Jalan Raja Laut)

KUALA LUMPUR: Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan Bersih 3.0 kira-kira jam 3 petang menyebabkan mereka lari bertempiaran di persekitaran Dataran Merdeka.

Sebahagian mereka merempuh tembok yang dibina oleh DBKL bagi melindunginya dari dimasuki orang ramai.

(Berkongsi garam di dalam masjid India selepas terkena gas pemedih mata)


Tidak kurang juga yang terpaksa lari ke lorong-lorong belakang di sekitar Dataran Merdeka.

(Orang ramai memenuhi jalan belakang sebelah Jalan Raja Laut selepas kawasan itu ditembak dengan gas pemedih mata)

Di satu kawasan, polis telah menyekat orang ramai dari lari menembusi sekatan yang mereka buat.

Hanya wartawan dan jurugambar sahaja yang dibenarkan melalui sekatan mereka.

Polis mula membunyikan locing amaran kira-kira jam 3 petang diikuti dengan semburan water canon dan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.

Ada juga yang ditangkap termasuk ahli DAP dari Cheras, Mr Liu Yang, kata anggita Parlimen, Lim Lip Eng menerusi twitternya.

Menurut salah seorang peserta itu, Syed Marwan melaporkan, dia baru saja terkena gas pemedih mata.

(Kiri: Terpaksa berlindung selepas ditembak dengan gas pemedih mata. Kanan: Gas ditembak)

"Baru terkena gas pemedih mata,  Perit. Sakit. Ada yang pengsan. Moga Allah balas perbuatan zalim mereka," tulis beliau menerusi twitter.

Ada juga mangsa yang terkena gas terpaksa mencari perlindungan di kedai-kedai berhampiran dengan tempat kejadian.
Mereka yang pengsan akibat terhidu gas juga dibawa berlindung di situ.


Terkini gambar ( bawah )3 peserta di langar kereta polis







posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud