ARTIKEL SEBELUM

24/04/12

Bersedialah utk ibu segala pertarungan: Bersih 3.0 vs Ulangtahun ke 66 Umno

Bersedialah utk ibu segala pertarungan: Bersih 3.0 vs Ulangtahun ke 66 Umno
Nampaknya Perdana Menteri Najib Razak telah membuat keputusan untuk memerangi ersih 3.0 habis-habisan, seperti yang dilakukannya kepada perhimpunan Bersih 2.0 tahun lepas. Sekali lagi ia adalah percubaan untuk menunjukkan pada Negara tetapi kali ini ia semakin memuncak kerana Umno bakal meraikan ulangtahun ke 66 yang bakal bermula dari 1 ke 13 May.
Sudah ada samseng dituduh diupah Umno menggertak dan memukul pelajar yang memprotes, pelajar perempuan juga dikasari. Ini juga berikutan Majlis bandaraya Kuala Lumpur yang enggan memberi Bersih 3.0 kelulusan mengadakan protes di Dataran Merdeka.
Seperti yang dijangka, polis menunggu dan memerhatikan, tidak melakukan apa-apa untuk menghalang samseng walaupun KPN telah mengugut untuk mengambil tindakan yang keras ke atas mereka yang melanggar undang-undang. Mesej KPN, Ismail Omar nampaknya hanya bagi mereka yang tidak menyokong Umno dan BN.
Upacara bersejarah menghentikan jam Parlimen sebagai simbol meluluskan 9 akta juga telah menaikkan kebimbangan. Apa yang berlaku adalah klausa yang tersembunyi yang mahu diluluskan oleh BN untuk menggukuhkan lagi kuasanya sebelum pilihanraya umum ke 13. Mungkin juga BN mahu melupuskan banyak perkara sebelum membubarkan Parlimen.
Masa yang paling dinantikan
Kerana terlalu tergesa-gesa meluluskan akta, ini telah mewujudkan spekulasi Najib akan membubarkan Parlimen pada 23 April, tapi Dewan Negara dijangka akan mengadakan persidangan pada 10 May untuk meluluskan undang-undang atau ia perlu dibahas semula, namun khabar angin ini terbukti palsu.
Pemerhati menjangka bahawa Parlimen akan dibubarkan bila-bila masa antara 16 May ke 23 May dan pilihanraya akan diadakan antara 9 ke 18 Jun.
Ini akan dilaksanakan juga walaupun ada cakap-cakap yang mengatakan beberapa pemimpin tertinggi Umno, menteri luar Bandar, Shafie Apdal merupakan yang paling baru terlibat dalam skandal seks manakala Najib pula telah berjaya menyenaraikan dirinya sebagai saksi di mahkamah Perancis bagi perbicaraan Scorpenes.
Menambah kepada masalah Najib adalah tindakan ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang pada awal minggu ini menaikkan kemarahan Umno apabila dia mengumumkan yang Selangor tidak akan mengadakan piliharaya pada masa yang sama dengan PRU ke-13. Tidak sehingga audit bagi proses pilihanraya dilakukan, kata Anwar.
“Saya rasa Najib akan mengadakannya pada pertengahan Jun. Bagi Selangor, daftar pemilih telah diganggu dan ini menjadikannya gila untuk mengikut sahaja kehendak Umno. Apa jua alasan, ,mereka akan menuntut pembaharuan,” kata timbalan presiden PKR, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.
Memang ini akan melemahkan jentera Najib. Walaupun dia memenangi PRU ke 13, tanpa Selangor dalam tangan, dia mungkin akan disingkirkan pada pemilihan Umno. Bagi Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan pula, ketua menteri di tiga negeri ini belum membuat keputusan lagi. Mereka mungkin atau tidak akan mengikut jejak langkah Selangor.
Masa untuk ubah pikiran
Salah satu sebab yang dinyatakan kenapa Najib akan mengadakan pilihanraya dengan cepat adalah kerana Umno telah kekurangan dana selepas menggunakan banyak wang untuk mendapatkan undi pasa PRU ke 13.
Satu lagi alasan adalah Najib mesti mengadakan PRU ini sebelum pemilihan parti Umno yang akan diadakan pada bulan Oktober. Alasannya adalah panglima Parti (ketua bahagian dan cawangan) mahu mendapatkan dana yang disediakan untuk menjalankan jentera pilihanraya. Jika mereka menunggu selepas pemilihan Umno, mereka mungkin akan disingkirkan kerana kehilangan keupayaan untuk menyogok akan juga menghancurkan harapan mereka untuk mensabotaj peluang BN pada PRU ke 13 nanti.
Jika diambil kira semua, Najib mempunyai ruang utuk uubah fikiran
Kerajaan masih boleh menaikkan bon awam untuk kekal, muflis belum tiba walaupun kemungkinan itu tetap ada. Malah, PRU ke 13 mungkin bukanlah yang paling kotor tetapi ia tetap akan menjadi yang paling mahal. Ada yang berkata, berbilion ribu akan digunakan dan mereka ini merujuk kepada apa yang dikawal kerajaan dalam GLC seperti Telekom dan Tenaga.
Mengikut kata beberapa pemerhati politik, inilah sebabnya Najib telah menjanjikan bulan dan bintang kepada pelabur kaya termasuk bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin. Najib perlu memastikan yang kepentingan mereka akan dilindungi dan untuk monopoli mereka terhadap kekayaan Negara masih berterusan, Najib harus memenangi pembuat polisi hati sayap kanan ketuanan Melayu. Jika tidak, dia tidak akan boleh mengekalkan keadaan sosio-ekonomi sedia ada yang bercorak rampas dan rompak yang telah dibina oleh Mahathir dalam pemerintahan selama 22 tahunnya.
Dari segi sabotaj dalaman, ia tidak penting. Sebagai contoh, Najib boleh memilih untuk mengadakan PRU ke-13 pada bulan November atau pada tahun 2013. Pada masa itu, mereka yang tewas dalam pemilihan Umno sudah menjadi entiti yang dilupakan, atau perlu bertanggungjawab atas apa-apa pun. Apa yang Najib perlu pastikan adalah dia mempunyai kesetiaan orang-orang yang menang dalam pemilihan Umno, yang mana senarai calon boleh menang boleh beraksi. Dengan kuasa untuk membuat keputusan terakhir tentang PRU ke-13, Najib dengan mudah boleh memastikan bahawa mereka yang memenangi jawatan dalam pemilihan Umno merupakan 'orang-orangnya'.
66 yang ‘gemilang’
Apa yang boleh meyakinkan penganalisis politik dan kepercayaan Pakatan Rakyat bahawa PRU ke-13 akan diadakan pada bulan Jun adalah skala luar biasa sambutan ulangtahun ke 66 Umno. Pada 11 Mei, dia telah memanggil 1 juta ahli UMNO untuk menghadiri majlis besar-besaran yang akan diadakan di stadium Bukit Jalil. Mobilisasi mahal dan kesediaan untuk menghabiskan wang untuk acara itu sudah pasti tidak boleh diabaikan.
Sama ada Najib akan mengumumkan keputusannya untuk membubarkan Parlimen pada malam 11 May bergantung pada 2 acara. Satu daripadanya adalah jumlah hadirin yang akan hadir di stadium Bukit Jalil. Adakah 1 juta ahli akan datang dan menunjukkan sokongan padanya? Bergantung pada gula-gula yang bakal diberikan, jawapannya adalah ya.
Satu lagi acara adalah Perhimpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan pada 28 April. Adakah ia akan berjaya seperti yang dirancang. Bersih telah mengumumkan perhimpunan besar-besar di seluruh Negara dengan jumlah peserta seramai 500,000. Pemerhati berkata, jika 100,000 yang hadir, Najib akan mengubah tarikh PRU ke 13 pada bulan September dan dari situ, dia mungkin akan menundanya sehingga ke tahun 2013.
Hanya orang bodoh…
Jujurnya, semua analisa dan jumlah yang dinyatakan mungki benar. Tapi, mungkin hanya orang bodoh sahaja akan percaya dan ia mestilah orang gila yang perlukan persediaan yang amat besar untuk membuat keputusan.
Nombor hanyalah penting jika ia didapati dengan semulajadi. Tanyalah pada mana-mana pengkaji. Dengan polis yang semakin berkeras dengan Bersih dalam percubaan untuk mematahkan semangat peserta, Najib mungkin akan berjaya dalam menunjukkan dia merupakan lelaki yang paling popular di Malaysia. Dan dengan kenderaan, tempat tinggal, makanan dan hadiah dan juga elaun duit, ia akan menjadi seperti tamparan di muka Najib jika dia gagal mendapatkan 1 juta ahli Umno di Bukit Jalil.
Jadi apa masalahnya? Bukankah jumlah ini sebenarnya palsu? Bila patut Najib menyaksikan tren yang sama di peti undi? Sebagai contoh, tanpa bantuan kewangan yang sama, himpunan anti murtad yang sepatutnya dihadiri oleh 1 juta umat Islam telah gagal, hanya menarik 3,000 ke 5,000 orang penyokong. Namun, tanpa bantuan kewangan dan kawalan polis yang ketat, 50,000 orang rakyat Malaysia tanpa menghiraukan sekatan jalan raya untuk berhimpun di tengah-tengah Kuala Lumpur dan menjadikan perhimpunan Bersih 2.0 basah disimbahi air.
Jadi, seperti tinjauan, nombor boleh menipu. Najib mungkin seorang yang angkuh dan bodoh. Namun, pada masa yang sama dia juga mengharapkan imaginasinya, yang dia boleh menjadikan perhimpunanya kepada 1 juta dan perhimpunan Bersih 3.0 hanya beberapa ribu untuk memenangi PRU ke 1.
Sokongan buat masa ini
Ia merupakan perang psikologi tapi adakah ia akan berkesan? Hanya rakyat Malaysia boleh memberi jawapan pada hari mengundi itu nanti.
Buat masa ini, sentimen terhadap orang Cina memang jelas. Walau apa pun yang berlaku, mereka tetap dengan Pakatan pada PRU ke 13 nanti. Bagi orang India, ia kurang pasti. Di Sabah dan Sarawak, angin perubahan mungkin sedang bertiup, namun agak sukar jika kehendak untuk reformasi boleh ditukar ganti dengan wang apabila mereka ditawarkannya nanti untuk undi.
Akhir sekali, untuk orang Melayu, kumpulan pengundi terbesar- bagaimana mereka akan mengundi pada kali ini? Adakan mereka akan membeli khayalan bahawa Najib kuat, adakah mereka akan termakan akan pujuk rayu bersatu dan ketuanan mereka berbanding kaum lain?
Atau adakah mereka akan mencari udara segar, ruang untuk berubah dan mengecilkan jurang dengan Umnoputra (atau memilih peratus yang boleh memberi mereka kelebihan daripada Umno yang korup dari segi kawalan ahli tertinggi dan kroni mereka.
Undi Melayu masih belum diputuskan lagi
Psikologi orang Melayu dan Cina amat berbeza. Orang Cina lebih jelas dan kurang emosi. Mereka boleh dan akan lebih faham akan pertunjukan 1 juta ala David Copperfield Najib itu nanti. Tapi mereka juga boleh membalas dendam akibat menyampah, dan tidak mengendahkan akan panggilan untuk mengundi BN dimana mereka telah lakukan sehingga 2008.
Walau bagaimanapun, pada tahun 2012 atau 2013, orang Cina boleh dipercayai untuk memberi sokongan pada Pakatan kerana mereka tahu ini merupakan peluang untuk memecahkan kekuasaan BN.
Orang Melayu lebih emosi. Sebuah perhimpunan seramai 1 juta orang Melayu akan menjadikan ramai menitiskan air mata. Namun, dengan menjadi begitu emosi, dan orang Melayu yang terkenal dengan mahu melakukan sesuatu yang betul mungkin akan menjadikan mereka mahu menolak cara Umno yang penuh dengan korupsi tidak terkawal dan kegilaan yang sudah menjadi darah daging.
Umno dimiliki oleh mereka yang mempunyai kepentingan untuk kekal berkuasa. Cara untuk berbuat demikian adalah tetap pada jalan yang tidak logik, perkauman, penindasan agama, cara mundur yang tidak ada kena-mengena dengan dunia luar. Orang Melayu tahu akan itu. Persoalan yang penting adalah adakah mereka akan memberi Umno peluang lagi. Ia umpama memberi seorang penagih dadah satu lagi suntikan heroin kerana anda kasihan padanya. Tapi patutkah anda berbuat demikian?
Malaysia Chronicle

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud