ARTIKEL SEBELUM

24/04/12

Aset dibeku tapi keluarga Shahrizat Jalil dapat RM36,000 sebulan

Sidiqin Omar)
KUALA LUMPUR: Di sebalik gembarp-gembur kerajaan Umno kononnya membeku aset National Feedlot Corporation (NFC) tetapi keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil terus menerima bayaran dari hartanah yang dibeli dengan dana itu, dedah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
“Semakan  rekod kewangan NFC menunjukkan wujud dua bayaran setiap bulan berjumlah RM28,000 kepada Wan Shahinur Izran dan RM8,240 kepada Datuk
Seri Mohamad Saleh – suami Shahrizat.

“Mereka salah guna wang syarikat dengan mendapatkan pinjaman
hartanah dan membeli pejabat yang kemudian disewa kembali kepada syarikat NFC,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Kata Rafizi, carian rasmi di Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta
menunjukkan empat ruang pejabat digunakan NFC di Tingkat 3A, Jalan
Solaris dimiliki Mohamad Salleh dan Wan Izanur, bernilai RM814,550.

“Jika pembelian dibiayai pinjaman 25 tahun pada kadar faedah semasa,
bayaran bulanan dianggar sekitar RM 4,800. Ini bermakna mereka buat untung 72 peratus setiap bulan.

“Ini membuktikan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak tidak mengambil  tindakan menghenti penyelewengan wang rakyat, melainkan cuba mereda
skandal dengan pengunduran Shahrizat,” katanya.

Carian  juga menunjukkan Wan Shahinur memiliki premis restoran Meatworks, yang digunakan oleh syarikat bersekutu NFC, Real Food Company di Solaris Mont Kiara.
Rafizi berkata beliau tidak memiliki rekod kewangan terperinci bagi Real Food Company tetapi percaya anak Sharizat Jalil itu turut menerima bayaran sewa n dari dua premis restoran itu.
Justeru, Rafizi akan membuat laporan polis dalam masa terdekat atas
dakwaan pecah amanah dalam urusan beli sewa hartanah yang digunakan
NFC dan syarikat bersekutunya di Mont Kiara.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud