Pelumba Kelab Basikal Le Tua, Rafizi Hamdan, 37, maut dalam satu kejadian langgar lari di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di kilometer 20.2, Taman Melawati.
Rafizi yang dikatakan dalam perjalanan mengayuh basikal untuk bertemu ahli kelab yang lain di Hospital Orang Asli, Batu 12, Gombak, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius di kepala.
Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan sebagai kejadian langgar lari namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan pemandu kereta berkenaan.
Menurut laporan, pemandu kereta telah menyerah diri di balai polis kerana menyedari nombor plat kenderaan terjatuh ditempat kemalangan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan atas kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan hingga menyebabkan kematian.
Jenazah Rafizi selamat di kebumikan di perkuburan Kg Pasir Hulu Kelang selepas solat asar petang semalam.
Sekalung takziah dari penulis moga keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian dan ketentuan dari Allah moga roh beliau bersama dengan orang yang di redahi oleh Allah, mari kita sedakah surah umul kitab kepada beliau...al fatihah.
.
Gambar No pendaftaran kereta yang melanggar Rafizi Hamdan