ARTIKEL SEBELUM

7/03/12

'ugutan' terbaru BN terhadap rakyat..!!


KUALA LUMPUR, 7 Mac: PAS Sarawak kesal dengan tindakan Menteri Muda Pertanian Sarawak, Datuk Mong Dagang yang mempertahankan tindakannya mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghentikan bantuan kebajikan kepada pekebun kurang upaya, Frusis Lebi.

(Gambar atas: Frusis Lebi (berbaju hijau) membuat laporan polis di Sri Aman jumaat lalu)
Timbalan Pesuruhanjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee berkata, tindakan yang semata-mata dibuat kerana Frusis dikatakan 'penyokong pembangkang tegar', adalah satu tindakan tidak adil.

"Beginikah cara pemimpin BN menjaga kebajikan rakyat? Sanggup melakukan apa saja, demi menjaga kepentingan politik, sampai sanggup mengugut rakyat dengan tindakan yang zalim.

"Di mana laungan, demokrasi negara ini? Kalau hak rakyat boleh dirampas sesuka hati oleh pemimpin yang tidak mempunyai perasaan kasihan terhadap OKU," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Miri.

Datuk Mong Dagang kelmarin mempertahankan tindakannya mengarahkan JKM menghentikan bantuan baja percuma dan benih pokok kepada Frusis sebagai betul.

Beliau ketika dihubungi akhbar harian Inggeris The Sun semalam berkata sebagai seorang pemimpin yang prinsip, tidak akan menarik balik apa yang diarahkannya itu.

"Kita tidak boleh terus memberi bantuan kebajikan dan subsidi kerana beliau adalah seorang penyokong pembangkang yang tegar," katanya yang dipetik akhbar harian Inggeris The Sun.

Mengulas lanjut, Jofri berkata tindakan menarik balik bantuan atas dasar penyokong pembangkang itu juga boleh disifatkan sebagai cubaan mengugut dan menakutkan rakyat agar tidak menentang BN.

"Kita harap parti yang memerintah jangan berlaku zalim dan tidak adil keatas rakyat sebab mereka berhak untuk memilih sesiapa saja yang mereka fikir sesuai dan adil untuk jadi pemerintah.

"PAS akan sentiasa menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik jika dipilih jadi pemerintah seperti mana Islam mengajar umatnya berlaku adil kepada semua, jadi itulah prisip yang PAS pegang, adil untuk semua," katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud