ARTIKEL SEBELUM

20/03/12

Skandal dan penyelewengan yang merugikan

Skandal dan penyelewengan yang merugikan

Kita telah melihat, menyaksikan dan membaca pelbagai jenis skandal dan penyelewengan yang telah banyak merugikan orang-orang Melayu. Wang-wang dan peruntukan yang sepatutnya disalurkan untuk membangun dan memajukan ekonomi masyarakat Melayu sering digunapakai oleh Umno dan kroni-kroni mereka yang berkepentingan diri. Akibat daripada itu, terjadilah bermacam-macam masalah, skandal dan penyelewengan bukan setakat ratusan Ringgit tetapi menjangkau kepada berbilion Ringgit jumlahnya.

Di sini kita paparkan beberapa jenis skandal dan penyelewengan yang sememangnya telah banyak merugikan orang-orang Melayu selama ini:

1)Skandal Bank Bumiputra Malaysia Bhd yang menyebabkan kematian,

2)Penyelewengan saham di dalam Renong Bhd,

3)Penyelewengan saham dan kerugian di dalam Sime Darby Bhd,

4)Dana Felda yang hampir kosong dan boleh dikatakan telah muflis kalau bukannya suntikan dana baru oleh kementerian kewangan,

5)Pemberian permit import kenderaan mewah kepada kroni-kroni Umno,

6)Skandal komisen pembelian kapal selam Scorpene yang berakhir dengan kematian,

7)Skandal dalam PSC-Naval Dockyard yang melihat kos pembinaan kapal-kapal perang meningkat secara mendadak,

8)Kos pembinaan lapangan terbang KLIA 2 yang semakin meningkat dengan mendadak,

9)Skandal upahan kepada FBC Media bagi mempromosi imej Najib dan Rosmah dengan pujian-pujian buatan sendiri,

10)Kerugian berturut-turut Penerbangan Malaysia (MAS),

11)Kerugian berturut-turut Perusahaan Otomobil Nasional (Proton),

12)Skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) yang mencatatkan kehilangan berbilion Ringgit,

13)Kerugian pelaburan dalam Tabung Haji,

14)Skandal kondo-lembu dalam National Feedlot Corporation Bhd (NFC),

15)Pemberian pinjaman KWSP tanpa faedah kepada pembeli-pembeli rumah yang tidak layak mendapatkan pinjaman perumahan,

16)Pemansuhan pembayaran balik pinjaman kepada KWSP oleh kementerian kewangan.

Dan jika dijumlahkan kerugian-kerugian yang dialami hasil daripada skandal dan pelbagai bentuk penyelewengan di senarai ini, bukan sahaja berbilion Ringgit, malah, jumlah yang bilangan angka yang lebih daripada berbilion Ringgit.

Jika sekiranya jumlah wang tersebut digunakan dengan cara yang telus, cekap dan jujur, sudah tentu jumlah tersebut akan mencukupi bagi membantu dan memanfaatkan masyarakat Melayu pada keseluruhannya dalam apa jua bentuk, tidak mengira, pendidikan, ekonomi ataupun sosial. read more


hiasan


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud