ARTIKEL SEBELUM

26/03/12

Siasat video dan foto lucah yg diterima Ahli Parlimen Serdang melalui telefon bimbit.

(Oleh: Mohd Martin Kahar)

KUALA LUMPUR 26 Mac: KEADILAN mendesak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyiasat video dan juga foto lucah yang diterima Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching melalui telefon bimbit.

Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata ia bagi membuktikan kerajaan tidak bersekongkol dengan penyebaran video lucah dengan cubaan mengaibkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sekiranya tiada tindakan jelas ini menunjukkan menteri dan kerajaan bersekongkol dengan mereka yang bertanggung jawab menyebar klip pornografi ini,” katanya di lobi Parlimen.

Nurul Izzah dan Teo Nie Ching pagi tadi membuat laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung video lucah itu.

Teo berkata, bahan lucah yang diterimanya merupakan video dan foto dalam kiriman multimedia bertajuk “Anuwar Pembohong” dan “Anwar Tidak Bermoral.”

Teo berkata beliau menerima mesej video dan gambar itu tiga kali, antara jam 10.28 malam 19 Mac dan 7.52 pagi keesokan harinya.

Foto dan klip video tersebut, merupakan sebahagian daripada video lucah kontroversi yang sebelum ini didedahkan oleh trio ‘Datuk T’.



posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud