Kepala PKR vs Kepala BN baru lah betul...
Baru sama standard...
Lu Fuad apa hal bodek ke ?
Anwar ,Najib orang politik maka mesti ada kepentingan politik
Apala biol punya Puad bodek tahap gaban lu ni.
Woi Najib !! lu cakap talak selupa bikin
Lu suruh balaci jadi tukang cakap kikikiki
Jangan jadi pondan...
Ada berani ka Najib...
Ada telor ka Najib sahut cabaran Nuar...
Rakyat mau lihat siapa jantan dan siapa Pondan...
SEREMBAN – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu berdebat terlebih dahulu dengan Raja Petra Kamaruddin sebelum mempelawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, pelbagai isu yang dibangkitkan Raja Petra sebelum ini masih belum dijawab oleh beliau.
“Anwar sepatutnya berdebat dengan Raja Petra dahulu, menjawab apa yang dibangkitkan sebelum ini sama ada benar atau tidak. Selesaikan itu dahulu sebelum mahu berdebat dengan PM.
“Jangan mahu mengalih tempat. Perdebatan beliau dengan PM tidak perlu dan membuang masa kerana saya yakin matlamatnya ialah untuk kepentingan politik semata-mata,” kata beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Wawasan, Seremban 2, dekat sini, hari ini.
Menurutnya, beliau yakin persetujuan Anwar untuk berdebat dengan Perdana Menteri kerana mempunyai matlamat tertentu yang lebih berunsur politik.
Katanya, Anwar sudah kehabisan cara untuk melakukan kerosakan terhadap kepimpinan Perdana Menteri kerana pelbagai isu yang ditimbulkan seperti skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), loji nadir bumi Lynas dan Pusat Fidlot Kebangsaan telah dijawab.- Sinar
