ARTIKEL SEBELUM

28/03/12

Fikir-fikirkan lah .....ada baek ka ini


Australia adalah 23.3 kali ganda lebih besar daripada Malaysia, mengapa LYNAS enggan menubuhkan kilang di negaranya ?

Keuntungan LYNAS dianggarkan RM5 Billion setahun, dan mengapa kerajaan BN membenarkan LYNAS DIKECUALIKAN cukai pendapatan selama 12 tahun?

Apakah keuntungan dan sumbangannya untuk ekonomi negara?

Sumbangannya hanyalah sisa-sisa loji yang beradiasi untuk ditanggung rakyat selama beribu-ribu tahun.

Keuntungannya adalah pada kroni-kroni BN yang boleh lari atau tinggal di negara lain andainya negara ini jahanam atau musnah pada bila-bila masa. Fikir-fikirkan lah ......




Lynas tidak jejas nilai hartanah ( kosmo)



PENDUDUK sekitar Kuantan melihat model projek pangsapuri RD Prima Suites di Kuantan semalam.


KUANTAN - Nilai hartanah di Kuantan tidak terjejas malahan akan meningkat walaupun banyak publisiti negatif berkaitan isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd., kata, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Katanya, nilai hartanah seperti rumah dan pejabat komersial di beberapa lokasi terutamanya yang berdekatan dengan Gebeng seperti di Beserah, Balok dan Gebeng sendiri jelas menunjukkan peningkatan.

"Saya hairan di sebalik isu Lynas ini, nilai hartanah di Gebeng, Balok dan Beserah terus meningkat, bukannya jatuh dan setakat ini tiada orang yang jual hartanah sebab isu ini," katanya selepas majlis pecah tanah pembinaan bangunan RD Prima Suites di sini semalam.

Beliau berkata, sekiranya ada pihak yang mahu menjual mana-mana hartanah di kawasan tersebut, Kerajaan Negeri Pahang tidak akan teragak-agak untuk membelinya untuk dimajukan dengan pelbagai projek rakyat.

"Aktiviti pembangunan hartanah di negeri ini khususnya Kuantan, masih aktif dan ini menandakan keyakinan tinggi pelabur dan usahawan terhadap sektor hartanah dan iklim ekonomi yang sihat di Pahang," katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud