ARTIKEL SEBELUM

7/03/12

Drama swasta Najib dan Sharizat: Meneruskan korupsi dlm Umno

Berita sudah keluar dari mulut tuan punya badan sendiri. Menteri Wanita Sharizat Jalil mengatakan terpulang pada Perdana Menteri Najib Razak untuk menentukan nasib beliau sebagai senator setelah tamat tempoh lantikannya bulan hadapan.

Para pemerhati melihat ini sebagai skrip biasa UMNO yang dijangka akan dituruti oleh kedua-dua pemimpin, penuh sentimental tanpa mengambil kira kepentingan negara, yang ingin menerukan kehidupan tanpa budaya korupsi yang di amalkan dan diteladani dengan terbaik sekali oleh Najib dan Sharizat dalam isu NFC yang bernilai RM250 juta.

Jelas sekali Najib tidak akan meneruskan perlantikan Sharizat sebagai senator, yang bermakna Sharizat akan kehilangan jawatannya dalam Kabinet. Sudah tentu Najib akan berterima kasih terhdap khdimat dan sumbangannya kepada negara, tetapi akan memberi alasan tekanan masyarakay dan bagaimana beliau tiada pilihan tetapi terpkasa mengambilkira kepentingan UMNO, tambahan pula pilihanraya umum ke 13 makin hampir.

Sharizat akan diketepikan secara berhemah, dengan penuh taat setia kepada Najib, walaupun telah dengan gighnya bertarung seperti harimau betina ketika berunding tentang jalan keluar untuk diri sendiri dan keluarganya. Samada beliau akan menarik diri dari jawatan ketua wanita UMNO,hal ini masih dalam perbincangan, sekurang-kurangnya, beliua mungkin dapat menjangkakan yang beliau akan tersingkir dalam pemilihan UMNO lewat tahun ini.

Drama biasa untuk memuaskan hati ahli UMNO

Yang menarik nya berkenaan skrip drama tersebut yang utamanya ialah ianya adalah kebiasaan dalam UMNO. Keduanya, ia menggambarkan Najib sebagai hero,walaupun pada hakikatnya hal ini adalah serangan luar kawalan terhadap Sharizat bagi menggantikan beliau dengan Menteri WP Raja Nong chik sebagai calon untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai dalam pilihanraya umum ke 13.

Bagi Sharizat pula, ia dapat menyelamatkan beliau dari malu.Beliau tidak akan dimalukan dengan pemecatan, walaupun beliau mungkin akan berasa tak puas hati dengan Najib dan Nong Chik kerana di ambil kesempatan atas isu ini, beliau masih berjaya menyelamatkan diri melalui jalan keluar bagi diri nya dan keluarga beliau.

Perlu diambil perhatian bahawa tiada desas desus berkenaan dakwaan atau tuduhan pecah amanah. Najib sendiri memaklumkan bahawa pihak Peguam Negara tidak semestinya mendakwa walaupun pihak polis mencadangkan supaya suami Sharizat,Salleh Ismail di dakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah.Keluarga Sharizat dikurniakan projek NNFC , diberi pinjaman kerajaan RM250 juta untuk memjukan projek tersebut. Mereka dituduh membelanjakan sebahagian besar wang tersebut untuk harta-harta peribadi seperti kondominium, supermarket, percutian mewah ke luar negara, diskaun berjuta ringgit kepada syarikta yang di kuasai keluarga beliau dan lain-lain lagi.

“Drama yang samayang telah kita tonton, yang diulang siaran berkali-kali.Najib dna Sharizat akan menjadi hero dan heroin walaupun pada hakikatnya keadaan sebenar mereka lah yang memalukan Malaysia dan UMNO.Najib boleh mengarahkan media arus perdana menyiarkan apa sahaja berita yang di kehendakinya, sebab kenapa tiada siapa yang percaya lagi kepada media. Kesimpulanya,Najib masih menyokong korupsi. Beliau membenarkan korusi dan yang anehnya, beliau dengan penuh hipokrit meminta maaf kepada masyarakat Malaysia sambil menyeru supaya BM diberi peluang kedua.kemudian beliau melakunkan aksi seperti ni” kata Ahli Parlimen PKR bagi kawasan Batu,Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

Kempen secara halus untuk menyalahkan Mahathir

Sebenarnya banyak perkara yang Najib perlu minta maaf .Dalam jangkamasa pendek pemerintahan nya, tiada pencapaian besar, peningkatan korupsi,politik keagamaan dan perkauman.Kebelakangan ini, beliau menjalankan kempenn secara halus terhadap Mahathir bagi menyelamatkan siri, supaya kegagalan nya tidak begitu ketara.

Tidak disangsikan pemerintahan Mahathir yang berusia 86 tahun telah menyebabkan masalah besar kepada fabrik sosio ekonomi negara tapi itu kerana usia pemerintahan nya yang panjang iaitu 22 tahun,manakala Najib hanya dilantik sebagai PM 3 tahun yang lepas iaiatu dalam tahun 2009.Tteapi jika diberi tempoh yang panjang,peluang Najib untuk memusnahkan negara adalah lebih besar atau pantas berbanding usia pemerintahan nya.

Abdullah Badawi yang mengambil alih tampuk pemerintahan dari Mahathir pada tahun 2003 dapat meningktakan jumlah korupsi bagaimana pun hal ini dapat di pintas oleh Najib. Hakikatnya pemimpin UMNO seperti Najib dan Badawai,berlumba lumba mengaut keuntungan mana-mana yang boleh sebelum ekonomi negara bankrap, sebagaimana ramalan Menteri di Jabtan Perdana Menteri,Idris Jala bagi tahun 2019

“ Malaysia tidak mencapai kemajuan sebaliknya keadaan semakin buruk.Malaysia telah jatuh terus dalam ranking Transparency International’s Corruption Perception Index (CPI) dari tempat ke 56 ke 60. Kerajaan BN kurang skil dan kemahuan politik untuk menangani korupsi besar dan penyalahgunaan kuasa sebagaimana yg boleh dilihat dari skandal –skandal terbaru contohnya projek National Feedlot Corporation yang bernilai RM250 juta.” kata Ahli Parlimen PJ Utara Tony Pua dalam satu kenyataan Selasa lepas.

“Najib menggalakkan kronism dan pilih kasih dalam pentadbiran nya dengan memberikan tender projek-projek mega dan konsesi tanpa melalui proses tender ,kepada sekutu-sekutu terkenal kerajaan BN. Sepatutnya BN minta maaf lebih lagi, bukan hanya untuk apap-apa kejadian sebelum tahun 2008 sahaja, tapi terutamanya kepada 3 tahun yang dibazirkan tanpa apa-apa. Permohonan maaf paling ‘tulus’ dari UMNO sebelum pilihanraya tidak akan mengubah persepsi rakyat terhadap BN, terutama nya bila pemimpin BN sendiri tidak mahu mengakui kesilapan mereka.

Antara projek yang diilhamkan oleh Najib dan penasihat2 nya termasuk projek 60 tahun lebuhraya pantai barat bernilai RM1.7 billlion. Kerajaan BN sejak beberapa tahun yang lalu sering memberikan projek mega kepada entiti-entiti yang berkaitan dengan jutawan kroni, Syed Mokhtar Al-Bukhary-kontrak bernilai RM7.55 billlion kepada DRB Hicom bagi mmebekalkan 257 kenderaan peribadi berperisai;projek konsesi pelan janakuasa arangbatu 1000 Megawatt kepada Malakoff Bhd dan perlantikan MMC Gamuda sebagai rakankongsi pemaju projek untuk projek MRT Lembah Kelang bernilai RM53 billion.

Salahguna kuasa di Malaysia, melaburkan hasil nya di Singapore

Tapi NFC yang paling mengejutkan masyarakat di Malaysia, yang siapa agaknya yang percaya kepada penipuan yang diberitahu oleh keluarga Shahrizat sebagai alasan menafikan tuduhan dan kritikan orang ramai mengenai dakwaan salahguna kuasa dan jenayah pecah amanah yang dilakukan oleh mereka.

Perkembangan terbaru ialah pendedaham Rafizi Ramli dari PKR,yang mendedahkan pelaburan Shahrizat dalam supermarket mewah di pusat beli belah Rochester Mall di Sinagpura. Keluarga Shahrizat salurkan sejumlah besar wang ke Singapura, membeli 2 unit kondominium mewah di kawasan ultra mewah Marina Bay, berhampiran kawasan kasino, melabur dalam restoran-restoran dan supermarket.

Teraju NFC,Salleh Ismail masih mendesak menyatakan bahawa ianya selari dengan visi dan ramalan pihak pengurusannya,memandangkan terdapat banyak daging lembu untuk dijual, kenapa tidak jual kepada Singapura,jiran kita yang mewah. Salleh terus dikecam kerana kebodohannya itu. Pertamanya, pihak Juruaudit Negara mendedahkan antara kelemahan NFC ialah kekurangan stok lembu hidup dan kegagalan nya untuk memenuhi sasaran memelihara lembu secukupnya untuk memenuhi 40% permintaan di Malaysia.Keduanya, untuk mengeshakan lagi penipuan Salleh, pendedahan seterusnya menunjukkan NFC tiada permit untuk mengekspot daging lembu ke Singapura.

“Salah satu bentuk penipuan yang sahkan persepsi bahawa pemimpin UMNO bukan hanya korup, tapi juga mereka tidak cerdik bila menyangka orang lain lebih bodoh dari mereka. Mungkin mereke fikir rakyat Singapura tidak tahu.Mereka ada internet. Mereka tahu mengenai lembu dan kondominium , menteri yang mencuri dari negara sendiri dan membawa wang ke Singapura” kata Tian.

Malahan ,orang asing juga memerhatikan bagaimana Najib,PM dan Presiden UMNO menangani isu ini. Tapi sungguh mengecewakan bila beliau menganjurkan korupsi untuk semua, dengan NFC sebagai contoh bagaimana wang negara boleh disalhagunakan kepada pelaburan di Singapura.

Dalam satu dekad menuju 2010, Global Financial Integrity , yang beribupejabat di New York melapurkan lebih dari 1 trillion ringgit telah disalurkan secara tidak sah ke akaun-akaun luar negara.Hingga hari ini, Najib enggan mengesahkan lapuran ini dan tiada tindakan diambil untuk menyiasat dakwaan ini walaupun GFI menawarkan bantuan untuk mengesan jejak wang tersebut.

Malaysia Chronicle

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud