LONDON - Dua lelaki, yang berpura-pura bertindak seperti orang yang baik tetapi kemudian menyamun pelajar Malaysia ketika rusuhan di London Ogos lalu, disabitkan kesalahan oleh panel juri, hari ini.
Perbuatan John Kafunda, 22, yang dirakamkan menerusi video amatur, menunjukkan dia cuba mententeramkan Mohammed Asyraf Haziq Rossli selepas dia diserang ketika rusuhan.
Panel juri 12 orang, masing-masing enam lelaki dan wanita, mendapati kedua-dua Donovan dan Kafunda atas tuduhan yang dibawa ke atas mereka.
Ketika dia bertindak sedemikian, rakannya Reece Donovan, 22, pula menggeledah beg sandar dan melarikan barang-barang miliknya.
Rusuhan bermula di Brixton, London Selatan dan kemudian merebak ke beberapa bandar utama England.
Selain didapati bersalah menyebabkan kekacauan, Donovan juga didapati bersalah kerana mencuri dan Kafunda pula menyamun.
Dua minggu lalu, Beau Isagba yang berusia 17 tahun juga didapati bersalah menumbuk Mohammed Asyraf dan menyebabkan kecederaan di bahagian rahang.