ARTIKEL SEBELUM

19/02/12

Umno setuju debat isu Pasir


Satim Diman

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang Negeri, Datuk Satim Diman berkata, perdebatan di antara Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung skandal pasir wajar diadakan .

Katanya, Umno Selangor akan memastikan segala bukti penyelewengan Kerajaan Negeri berjaya didedahkan sepanjang debat berlangsung.
“Saya tidak mempunyai masalah dengan berdebat, kami amat bersetuju jika ianya berjaya diadakan.

“Namun, Kerajaan Negeri perlu selesaikan dahulu janji mereka dalam isu pasir ini, termasuk membersihkan diri dari tuduhan blogger Raja Petra Kamaruddin,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kesediaan Umno Selangor berdebat dengan Abdul Khalid bagi membuktikan bahawa wujud penyelewengan dalam isu pasir di negeri itu.
Satim berkata, menteri besar perlu membuktikan terlebih dahulu janji untuk menjana keuntungan sebanyak RM150 juta setahun menerusi industri perlombongan pasir di Negeri Selangor.

“Ini adalah janji yang bukan sahaja diberikan kepada rakyat tetapi juga dibacakan oleh menteri besar di hadapan Sultan Selangor,” katanya.Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang itu turut mencabar Kerajaan Negeri memfailkan saman terhadap Raja Petra atas dakwaan dua adun PR terlibat dalam penyelewengan pasir.

Menurutnya, Raja Petra adalah punca utama mengapa isu pasir ini timbul semula, oleh yang demikian, sekiranya d
akwaan itu tidak benar, Kerajaan Negeri perlu membersihkan nama mereka.-SH

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud