ARTIKEL SEBELUM

9/02/12

Soal kerusi Zaid terserah kepada PAS - Nik Aziz

Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata beliau tidak boleh membuat sebarang keputusan berhubung parti melainkan pihak PAS Pusat sendiri.

Katanya, begitu juga cadangan berhubung Presiden KITA Datuk Zaid Ibrahim, bertanding atas tiket PAS pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang di Kota Bharu.

Nik Aziz berkata ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar harian hari ini yang bertajuk ‘Zaid ditawar calon kerusi PAS’ melalui kenyataan Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Pulau Pinang, Tan Tee Beng.





Tee Beng mendakwa Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu telah memujuk Zaid untuk bertanding atas tiket PAS.

“Saya tidak boleh membuat sebarang keputusan sendiri, PAS Pusat yang akan menentukannya, saya tidak boleh buat,”ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Sambutan Hari Suami Isteri 2012 Negeri Kelantan, di Balai Islam Lundang, hari ini.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud