Gambar hiasan
Suasana menjelang Himpunan Hijau bagi membantah kilang Lynas di Kuantan Pahang dikejutkan dengan berita pemimpin kanan didalam barisan kepimpinan PKR Selangor ditahan oleh Jabatan Agama Islam Pahang kerana berkhalwat.
Pemimpin berkenaan ditangkap khalwat bersama wanita yang berstatus isteri orang. Wanita berkenaan dipercayai bernama Zatiwani yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah kolej komuniti Rompin.
Pemimpin yang bergelar Ustaz berkenaan dikatakan dicekup oleh suami wanita itu sendiri ketika berdua-duan di sebuah Swiss Garden Kuantan, dibilik bernombor 8365 di Balok, tak jauh dari Kuantan pada jam 3 pagi hari ini.
Berdasarkan maklumat daripada saksi, Jabatan Agama Islam Pahang terpaksa menunggu hampir setengah jam sebelum pintu bilik dibuka.
Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz telah mengesahkan mengenai kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dibuat.
Pemimpin PKR yang berasal dari Sabah itu juga baru-baru ini mencetuskan kontroversi di dalam ceramahnya apabila menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti Imam Mahadi.
Ustaz Badrol Amin telah menafikan dengan smsnya berbunyi:
"Kes isteri orang lari dari suami dtg ke hotel di Kuantan tmpt retreat. Suami dtg dgn gangster tuduh ana bawak lari n sorok. Kes setel 'family problem'. Mak pompuan datang. Mmg dorang nak cerai. Isteri dh selalu nak lari. Ana nasihat pulang semula"