Beliau berkata, terdapat bukti kiriman pesanan ringkas (SMS) menunjukkan Salleh mengarahkan ahli perniagaan, Datuk Shamsubahrin Ismail merasuah anggota polis yang menyiasat skandal berkenaan.
“Kita tekankan apa yang dalam laporan sebelum ini memang serius.
“Datuk Shamsubahrin dalam laporan menegaskan tuduhan bahawa Datuk Salleh yang telah menekan dia dan arahkan dia untuk rasuah polis dengan tujuan tutup siasatan (NFC),”
“Dia bukan saja sebut malah tambah bukti di dalam bukti berbentuk SMS yang dia terima dari Datuk Salleh dan Kita difahamkan oleh Samsubahrin bahawa ia sudah ada dalam tangan SPRM selepas tangkapan beliau pada 22hb Disember .
“Kenapa sudah sebulan lebih tidak ada apa-apa tindakan,” kata Sivarasa yang juga peguam Shamsubahrin kepada wartawan selepas membuat laporan SPRM di Putrajaya hari ini.
Menurutnya laporan SPRM kali ini adalah untuk menuntut badan itu mempercepatkan kes ini namun amat mengecewakan apabila SPRM sendiri masih belum mendapat sebarang dokumen yang berkaitan.
“Mereka (SPRM) kata masih belum terima laporan atau dokumen Polis dari shamsubahrin tempoh hari,” ujar beliau.
“Dia (SPRM) perlu siasat SMS samada betul atau tak, kita tidak diberitahu sebarang perkembangan. Mereka dah dapat bukti dan kenapa ambil masa yang agak lama?” soal beliau.
Sementara itu Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin mengatakan kekecewaannya kerana tidak dapat berjumpa dengan Pegawai yang terlibat untuk menguruskan kes tersebut.
“Kita nak berjumpa dengan IO (Pegawai penyiasat) tapi dia tiada. Dan terus dibawa kepada Tuan Rahman Bachok, Ketua IO.
“Pegawai tidak mahu berikan maklumat dan kita minta dengan laporan untuk bertindak secepat mungkin,” tegas beliau.
Dua pimpinan Keadilan tersebut telah berjumpa dengan Rahman Bachok yang merupakan Penguasa Kanan SPRM, kira-kira jam 11 tengahari tadi untuk membuat laporan terhadap Salleh.