ARTIKEL SEBELUM

4/02/12

" MB Perak Tulin "  Nizar Jamaludin naik di atas bumbung rumah  


(

(Nizar naik di atas bumbung sebuah rumah yang terkena puting beliong petang semalam bagi melihat secara menyeluruh kawasan yang menjadi mangsa.)












(Gambar: Nizar melihat dari dekat kemusnahan kira-kira 200 buah rumah akibat ribut )


Berpuluh-puluh buah rumah di Taman Sri Manjung, Fasa 3 hilang bumbung masing-masing apabila diserang ribut puting beliong lewat petang kelmarin.

Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin yang sempat menziarahinya pagi ini melihat sendiri bagaimana bumbung rumah terangkat jauh akibat ribut tersebut.

Beliau yang amat bersimpati dengan keadaan itu berjanji akan mengumumkan pelancaran kutipan derma kilat bagi membantu mangsa di dua buah masjid di Manjung menjelang solat Jumaat semalam.

"Saya menyeru orang ramai mengambil peluang ini untuk memberikan sumbangan derma kepada mangsa," kata beliau melalui Twitternya.




Dalam pada itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat memberikan bantuan segera kepada mangsa.

"Terima kasih tertinggi kepada semua petugas PDRM, bomba, Majlis Keselematan Negara daerah Manjung, pejabat Daerah, OBJ, MPM, JKKP dan lain-lain yang memberi khidmat terbaik membantu mangsa ribut," kata Nizar.-harakahdaily

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud