ARTIKEL SEBELUM

3/02/12

Lagi pendedahan mengenai keluarga Shahrizat

KUALA LUMPUR 3 Feb: KEADILAN akan menyambut kepulangan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sekembalinya beliau dari bercuti dengan pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan melibatkan keluarga menteri pembangunan wanita itu.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata pendedahan tersebut yang akan dibuat pada Rabu depan, adalah berkisar mengenai dakwaan pembelian hartanah oleh keluarga Ketua Wanita Umno itu.

Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada dakwaan pembelian itu berkait dengan National Feedlot Corporation — syarikat milik keluarga menteri berkenaan yang terjebak dalam skandal projek lembut Pusat Fidlot National.

“Shahrizat akan kembali minggu ini jadi mungkin kita akan sambut dia dengan sesuatu… Kita sedang mengesan lebih banyak hartanah yang mungkin telah dibeli oleh keluarga itu,” kata Rafizi kepada Malaysiakini.

Tambahnya, KEADILAN akan dapat mengesahkan salah satu daripada perkara itu, minggu depan.

Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini memberikan cuti kepada Shahrizat selama tiga minggu untuk membantu siasatan berhubung penyelewengan dalam NFC, yang akan berakhir pada minggu ini.

Penyelewengan NFC sebelum ini dikesan melalui pendedahan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan akhir tahun lalu.

Ekoran itu, KEADILAN membuat pendedahan bersiri terhadap salahguna dana sebanyak RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.

Antaranya pembelian unit kondominium di Bangsar dan Singapura masing-masing berharga RM13.8 juta dan RM9.9 juta, kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 serta dua bidang tanah bernilai RM3,363,507 di Putrajaya.

Wang NFC juga diguna membiayai percutian keluarga Shahrizat di luar negara, selain disalurkan kepada restoran-restoran mewah yang juga milik keluarga Shahrizat.

KEADILAN turut mendedahkan penggunaan kad kredit oleh keluarga Shahrizat sebanyak RM593,500 pada tahun 2009 dengan dibiayai oleh dana NFC.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud