PEKAN: Sekatan polis yang cuba menghalang orang ramai ke Markas PAS di sini, Pahang malam semalam tadi, tidak menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertemu rakyat.
Penuh kesungguhan, Ketua Umum KEADILAN itu meredah kesesakan lalu lintas dengan menaiki motosikal sejauh tiga kilometer untuk tiba di lokasi ceramah di Kampung Mengkasar di sini.
Anwar membonceng motosikal seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mengikuti ceramah berkenaan.
“Ia menyebabkan ceramah bermula lewat. Anehnya, sebaik Datuk Seri (Anwar) tiba, polis menghenti sekatan,” katanya, menambah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad yang turut menaiki motosikal atas sebab sama.
Sekatan polis dibuat berhampiran lokasi ceramah hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh kira-kira lima kilometer. Kesesakan itu dikatakan berlarutan lebih sejam.
Mengikut Yuisriah, polis juga cuba menghentikan ceramah Anwar atas alasan melebihi waktu sedangkan Ketua Pembangkang itu lambat tiba di lokasi berikutan kesesakan sekatan polis tetapi diteruskan selepas rundingan dibuat.
Sekalipun banyak sekatan polis dilakukan hingga menyebabkan sebahagian rakyat gagal tiba di lokasi ceramah, kira-kira 3,000 penduduk setempat sempat mengikuti amanat Anwar dan pimpinan lain.
Halangan sedemikian bukan sesuatu yang menghairankan kerana kawasan itu adalah kubu kuat Umno dan terletak dalam kawasan Parlimen Pekan disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.- Keadilan daily