ARTIKEL SEBELUM

23/01/12

Zahid sangkal peluang BN hanya 50-50

Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyangkal analisis pengamat politik bahawa BN mempunyai harapan 50-50 untuk menawan kembali negeri yang dikuasai pembangkang.

Beliau berkata tanggapan itu hanya analisis politik yang dibuat secara rambang.

NONE
"Sama ada BN atau pembangkang semua hendak menang. Bagi BN, kita harus memperkasakan usaha untuk meraih sokongan rakyat bukan setakat projek fizikal seperti memberi bantuan atau pembangunan yang masih dianggap tidak mencukupi," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 500 penerima di Bagan Datoh hari ini.

Ahmad Zahid yang juga anggota parlimen Bagan Datoh berkata BN harus mencari pendekatan baru untuk memenangi semula hati rakyat dengan turun padang bagi mengetahui permasalahan rakyat tanpa mengira fahaman politik yang berbeza.

Beliau berkata pemimpin BN perlu mencontohi usaha gigih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kerap turun padang untuk menemui rakyat di peringkat akar umbi.

Ahmad Zahid yang juga menteri pertahanan menyeru rakyat agar tidak terpengaruh dengan fitnah pembangkang yang suka mengeksploitasikan isu kerana mereka mempunyai agenda politik tersembunyi.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud