Kati , 15 Januari 2012, Dua beranak, Rohani Osman, 50, dan Mastura Kamaruddin, 16, berdepan detik mencemaskan apabila terserempak dan diekori seekor harimau belang ketika keluar menoreh getah di kawasan Padang Ragut, Kampung Changkat Jambu di sini, semalam.
Mereka dilapurkan hilang dan tidak pulang sehingga tengah hari kerana telah diekori oleh 3 ekor harimau belang...
Kedua-dua beranak ini berjaya menyelamatkan diri dengan belari kearah 2,3 anak bukit...mereka telah menghubungi orang-orang kampung dengan menggunakan handphone yang kebetulan ada dibawa bersama...
Menurut cerita kejadian “Ketika mula menoreh pokok pertama, mereka ternampak seekor harimau dengan ketinggian sehingga paras pinggang berada tidak jauh dari lokasi kami menoreh.
“Saya memberitahu anak saya dan kami mula bergerak secara berundur dan menyorok di sebalik pokok, tetapi harimau itu tetap tidak mahu berganjak.
Gerakan mencari lebih kurang seramai 150 orang telah dijalankan setelah mendapat maklumat oleh orang kampung...dalam operasi mencari terjumpa 3 ekor harimau belang....seekor ditembak mati (gambar)...2 ekor terlepas melarikan diri....akhirnya kedua-dua beranak berjaya juga ditemui dalam keadaan selamat....
* Tak sangka aku kampung Opah aku ade Ghimau Belang....kredit gambar Kuso bagan