ARTIKEL SEBELUM

29/01/12

Ustaz Azhar Idrus bakal bertanding di (Dun) Ladang ?






KUALA TERENGGANU, : Desas-desus yang tersebar kononnya pendakwah bebas yang tersohor masa kini, Ustaz Azhar Idrus bakal dicalon bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 sekadar spekulasi.

Bahkan, ianya tidak menggugat penyandangnya Datuk Tengku Hassan Tengku Omar sebagai wakil rakyat sejak dipilih pada pilihan raya 2008, lalu.

Katanya, siapa yang berhak sebagai calon PAS bertanding dalam PRU13 akan ditentukan oleh pucuk kepimpinan parti.

Menurutnya, bukan hak sesiapa yang boleh mendahului keputusan kepimpinan parti termasuklah menamakan mana-mana calon.

“Soal calon itu terserah kepada pucuk kepimpinan parti dan biar mereka (pimpinan) yang tentukan siapa calon-calon yang layak bertanding pada PRU13.

“Saya tidak rasa tergugat atau tercabar kerana hal calon bukan kita yang tentukan tetapi pucuk kepimpinan parti (PAS),” ujarnya ketika menghadiri rumah terbuka Dewan Himpunan Cina di Kampung Cina, dekat sini, 27 Januari lalu.
(Tengku Hassan menyambut salam Pengerusi Parti Gerakan Terengganu, Datuk Yap Kea Ping pada majlis rumah terbuka Dewan Himpunan Cina Terengganu.)

Hadir sama mengiringi Tengku Hassan ke majlis rumah terbuka tersebut Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.

Beliau yang Timbalan yang Dipertua PAS Kuala Terengganu menyifatkan desas-desus mengenai calon PAS di Dun Ladang itu sekadar spekulasi di kedai kopi sahaja.

Katanya, sebagai Adun Ladang yang dipilih oleh rakyat masih menjalankan tugas berkhidmat kepada masyarakat sehingga kini.

“Itu (desas-desus) sebagai calon mungkin spekulasi di kedai kopi yang melihat aura populariti dia (Ustaz Azhar) masa kini yang diminati ramai.

“Saya masih seperti biasa menjalankan tugas sebagai wakil rakyat yang berkhidmat kepada masyarakat di Dun Ladang dan sekitarnya,” jelas Tengku Hassan.

Pada pilihan raya tahun 2008, PAS berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) di Dun Ladang apabila calon PAS, Tengku Hassan Tengku Omar menang dengan majoriti 31 undi.

Beliau memperolehi sebanyak 6,723 undi dengan menewaskan penyandangnya calon BN, Dato’ Wan Hisham Wan Salleh yang mendapat 6,692 undi pada PRU12 lalu.

(Tengku Hassan mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada orang Cina di Kuala Terengganu)


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud