ARTIKEL SEBELUM

3/01/12

Tranformasi Najib Hanya Kosmetik

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menganggap tranformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak ubah sebagai sebuah kosmatik untuk mengabui mata rakyat.

Kenyataan beliau tersebut bagi ekoran seramai 17 orang mahasiswa ditahan dan dua mahasiswa telah dipukul pihak polis di Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim baru-baru ini.

Salah seorang mahasiswa tersebut, Sdr Safwan Anang masih terlantar di Hospital Slim River akibat kekasaran melampau pihak berkuasa.

"Kejadian awal pagi tadi menjadi saksi bahawa pentadbiran Dato' Seri Najib Razak tidak ada iltizam politik untuk melaksanakan transformasi yang diwar warkannya.

"Transformasi yang diumumkan perdana menteri itu tidak lebih dari kosmetik politik bertujuan mengaburi rakyat dari kenyataan yang sebenar, bahawa pentadbiran beliau sebenarnya lemah serta tidak berdaya mengotakan janji yang dibuat.

"Hasrat untuk meminda Seksyen 15, Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dan memastikan kebebasan kepada mahasiswa kini dilihat tidak lebih sekadar omongan kosong." jelas beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Menurut beliau satu siasatan berkaitan kekerasan terhadap mahasiswa ini dijalankan segera.

"Mereka yang tidak bertanggungjawab melakukan kekerasan terhadap mahasiswa ini mesti dihadapkan ke muka pengadilan.

"Kita juga menuntut agar pihak polis dan Menteri Dalam Negeri memohon maaf kerana kekerasan keterlaluan yang dilakukan. Kita juga berhasrat mengulangi pendirian Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan AUKU serta iltizam demi memastikan kebebasan akademik terlaksana." kata beliau yang juga Adun Bukit Antarabangsa.-TVS

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud