ARTIKEL SEBELUM

25/01/12

Rayuan Fitnah II: Peguam tunggu alasan penghakiman

(Oleh: Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR 25 Jan: Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim masih
menunggu alasan penghakiman oleh mahkamah tinggi, ekoran
kes rayuan yang difailkan peguam negara terhadap keputusan
membebaskan ketua pembangkang itu.

Peguam Anwar, Sankara Nair berkata, tindakan susulan pihaknya
berhubung perkara itu akan hanya dibuat selepas mahkamah
memberikan alasan penghakiman tersebut."Kita masih menunggu apa alasan-alasan penghakiman yang akan diberikan mahkamah berhubung kes Fitnah II ini.

"Selepas itu, barulah kita berbincang dan menentukan apa
langkah susulan," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.
Rekod rayuan tidak lengkap selagi alasan penghakiman tidak
difailkan bagi membolehkan mahkamah rayuan menentukan
tarikh dan masa perbicaraan.

Pada 20 Januari lalu, peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail
memfailkan notis rayuan terhadap kes fitnah II, selepas
mahkamah tinggi mendapati Anwar tidak bersalah dan
membebaskan beliau dari tuduhan meliwat bekas pembantu
peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud