TAK cukup dengan kacau bilau yang dicetus dalam partinya sendiri, PAS, Datuk Dr. Hasan Ali kini semakin menampakan ‘warna UMNO’nya apabila dalam siaran Buletin Utama kelmarin, menyifatkan Gerakan 901 bagi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perkara ‘memualkan’.
Apakah maksudnya ini?
Pada penulis, menyebut perkara ini sahaja (mual) adalah satu bentuk penghinaan yang tidak boleh langsung diterima majoriti ahli-ahli parti yang kini membentuk komponen Pakatan Rakyat.
Apatah lagi bila Hasan Ali ‘secara peribadi’ mempersoalkan moral Anwar dan kelayakannya untuk menduduki kerusi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan di peringkat persekutuan nanti.
Dalam kedudukannya kini, tidak ada apa yang peribadi lagi mengenai Hasan Ali, lebih lagi bila dia mengulas tentang seorang pemimpin kanan dalam Pakatan Rakyat!!
Hasan Ali sedar atau tidak, jawatan Exco kanan yang dipegangnya sekarang berada dalam negeri Selangor yang dikuasai PKR – dimana Anwar sebagai Ketua Umumnya? Penulis yakin, walaupun dengan cadangan PAS tapi tanpa restu Anwar, tidak mungkin dia berjaya menduduki kerusi tersebut.
Jika itu tidak cukup, Hasan Ali perlu kenang kembali jasa-jasa Anwar kepadanya ketika beliau masih menjawat jawatan Timbalan Presiden UMNO dahulu. Penulis ada banyak maklumat mengenai perkara ini tapi akan mendedahkannya pada masa yang sesuai.
Yang pasti, jika tidak kerana Datuk Seri Anwar, Hasan Ali sekarang mungkin hanya seorang pesara kerajaan dengan pencen kurang dari 50% gaji bulananya.
Kalau diikutkan hati, penulis sudah benar-benar hilang sabar dengan Hasan Ali, tapi penulis sebenarnya lebih marah dengan kepimpinan PAS yang membiarkan ‘pengacau’ ini terus menerus bermaharajalela. Sudah banyak yang disebutkan sebelum ini akan ’potensi negatif’ yang bakal dicetus Hasan Ali yang bersifat menyusahkan banyak pihak, tapi PAS macam itu jugalah – takut bertindak.
Apa sebenarnya masalah PAS? Apa istimewanya Hasan Ali sehingga dia diberi begitu banyak keistimewaan terlepas dari sebarang tindakan disiplin kerana mempersoalkan hala tuju parti dan kini Anwar?
Penulis mendesak tindakan segera diambil ke atas Hasan Ali. Penulis yakin majoriti penyokong Pakatan Rakyat akan bersama-sama penulis dalam hal ini.
Jika PAS masih gagal, tidak keterlaluan rasanya untuk PAS disingkirkan dari Pakatan Rakyat.
http://suarapakatanrakyat.com/