ARTIKEL SEBELUM

2/01/12

Kenyataan Raja Petra tidak berasas, tiada bukt


KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyifatkan kenyataan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan akhbar-akhbar arus perdana semalam sebagai tidak berasas dan tidak disokong dengan bukti.

Raja Petra Kamaruddin yang lebih dikenali sebagai RPK dalam temubual yang disiarkan akhbar News Straits Times memberikan komentar beliau berkenaan kepimpinan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Raja Petra mendakwa beliau ’90 peratus pasti’ kononnya lelaki dalam video fitnah ‘Datuk T’ adalah Anwar.

Mengulas kenyataan itu, Surendran berkata beliau tidak mahu membuat spekulasi tentang tindakan Raja Petra bersetuju untuk ditemubual dan membuat kenyataan tersebut.

Namun, Surendran menyifatkan kenyataan serta gambaran yang diberikan Raja Petra adalah tidak adil, tidak benar, tidak disokong sebarang bukti dan bersifat fitnah.

“RPK langsung tidak memberikan sebarang bukti untuk menyokong ‘kepastian 90 peratusnya’ itu.

“Untuk sebab yang tidak dapat dipastikan, RPK mengabaikan hakikat bahawa seluruh kes liwat itu adalah ciptaan Umno/BN dengan dibantu polis dan Jabatan Peguam Negara.

“Kenyataan yang dibuat RPK adalah berdasarkan konspirasi jahat yang tidak lagi dipercayai di dalam dan luar negara.

“Kegagalan (pendakwa) mengemukakan bukti yang penting kepada peguam bela, penipuan jelas dalam cara sampel forensik diperoleh, disimpan dan dianalisa, pra-penghakiman luar biasa yang dibuat Hakim Zabidin di akhir kes pendakwa raya, pertemuan luar biasa di antara pengadu dan Perdana Menteri; adalah antara konspirasi di belakang kes Fitnah II ini.

“Berdasarkan perkara ini, RPK membina hujahnya dan membuat kenyataan-kenyataan liar,” kata Surendran.

Mengulas lanjut ‘kepastian’ Raja Petra berkenaan video fitnah, Surendran berkata watak utama dalam video itu sendiri adalah individu dengan rekod lampau yang meragukan.

Beliau merujuk kepada bekas Ketua Menteri Melaka dan Naib Presiden Umno, Tan Sri Rahim Thamby Chik yang merupakan sebahagian daripada trio ‘Datuk T’.

Rahim Thamby Chik dahulunya terpaksa meletak jawatan kerana skandal seks dengan budak bawah umur.

Mengakhiri kenyataannya, Surendran bersyukur rakyat sehingga kini tetap tidak termakan tipu daya Umno yang berterusan menggunakan taktik kotor dan tidak jujur untuk menjatuhkan Anwar.


http://www.keadilandaily.com/

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud