ARTIKEL SEBELUM

26/01/12

Jemputan palsu hadiri Himpun disebar di masjid

Surat "rasmi" yang memaparkan logo kerajaan Pulau Pinang dan didakwa ditandatangani oleh pengerusi jawatankuasa halehwal Islam negeri, Abdul Malik Abdul Kassim sedang disebarkan kepada beberapa jawatankuasa masjid, meminta mereka menghadiri perhimpunan besar-besaran umat Islam di Kepala Batas pada hari Sabtu.

NONE
Abdul Malik (kanan), bagaimanapun, menafikan pernah mengeluarkan surat seperti itu dan telah membuat laporan polis mengenai penyalahgunaan kepala surat kerajaan negeri.

Beliau juga tidak dapat mengenal pasti individu atau pihak-pihak yang terlibat.

Abdul Malik yang juga ADUN Batu Maung berkata beliau mengetahui tentang surat bertajuk 'Jemputan Menghadiri Program Perhimpunan Ummah Selamatkan Akidah' oleh sekumpulan NGO Melayu - Himpun - kononnya ditandatangani oleh beliau semalam.

Katanya, surat tersebut telah dihantar kepada jawatankuasa masjid pada 19 Januari, menjemput mereka menghadiri perhimpunan anjuran Himpun itu, yang dirancang diadakan Pusat Budi Penyayang Kepala Batas.

NONE
Abdul Malik berkata, beliau kesal dengan apa yang berlaku dan menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak menyokong ataupun akan mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut.

Menurutnya lagi, tindakan menghantar surat palsu tersebut dengan tandatangan palsu, bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi tidak beretika dan mencerminkan sifat sebenar pihak-pihak tertentu.

Menurut pihak penganjur, Himpun disokong oleh NGO Melayu dan NGO Islam, termasuk pemimpin politik yang bimbang tentang ancaman gerakan Kristian terhadap umat Islam.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud