Dewan Muslimat PAS Selangor menyindir bekas exco hal ehwal Islam Selangor Datuk Dr Hasan Ali supaya 'bertempur' dengan Kelab Taat Suami (KTS), dalam usahanya mempertahankan akidah.
"(Dengan mereka) Dr Hasan Ali bertempur sepatutnya kalau nak perjuangkan akidah, bukan hentam PAS," sindir ketuanya Wan Hasrina Wan Hassan.
Wan Hasrina berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai pendirian PAS negeri berhubung serbuan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) terhadap Kelab Taat Suami yang menganjurkan forum Rasullullah Tokoh Seks Suci Islam baru-baru ini.
Sebelum itu, pesuruhjaya PAS negeri Dr Abd Rani Osman berkata pihaknya tidak bersetuju dengan tindakan kelab berkenaan menjadikan Rasulullah SAW sebagai tokoh seks.
"Ianya mengarut," katanya yang juga ADUN Meru.
Beliau juga berharap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memainkan peranan menangani isu ini dengan, jika ianya berlangsung di negeri itu.