ARTIKEL SEBELUM

31/01/12

AMK Dakwa Adun Serdang Salahguna Kuasa

Post Pic
SHAH ALAM, 31 JAN : Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor semalam membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai penyalahgunaan kuasa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Datuk Satim Diman.

Ketuanya, Irwan Ismail ketika ditemui pemberita berkata, mereka menuntut pihak berkuasa untuk menyiasat perkara itu dengan terperinci berdasarkan bukti-bukti yang dilampirkan bersama laporan tersebut.

"Laporan pertama isu soal penjualan tanah atas nama UMNO Bahagian Puchong kepada satu nama syarikat yang bukan dimiliki oleh Bumiputera, yang kedua mengenai tanah juga di mana Satim mempunyai kepentingan di dalamnya (Syarikat Inai Creative). Walaupun transaksi ini berlaku pada tahun 2007 sebelum Pakatan Rakyat memerintah kita minta pihak SPRM untuk menyiasat dengan lebih terperinci, ujarnya.

Katanya lagi laporan siasatan itu akan diserahkan selepas siasatan lengkap dijalankan oleh pihak SPRM.

Pada 20 Januari lalu, AMK Selangor telah membuat laporan polis mengenai perkara yang sama untuk menyiasat motif sebenar tindakan Satim.- AP

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud