Sebenarnya bukan saja Utusan @ Lidah Rasmi UMNO yang memainkan ketujuh-tujuh perkara yang disenaraikan di bawah, tetapi ianya juga dimainkan oleh Blogger UMNO dan juga pencacai UMNO untuk menipu rakyat Pulau Pinang!
Ini adalah tujuh dakwaan Utusan yang telah disifatkan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sebagai fitnah terhadap Guan Eng, ianya bukan saja tidak disokong oleh fakta-fakta, malah berdasarkan maklumat yang diputarbelitkan dan “half-truths” atau “kenyataan separuh benar”.
Menurut Mahkamah Tinggi, Varghese George Varughese “half-truths” atau “kenyataan separuh benar” itu sebenarnya “tidak benar sama sekali”.
Beliau berpendapat bahawa ketujuh-tujuh dakwaan di bawah ini berniat jahat dan bertujuan untuk menipu pembaca-pembaca Utusan Malaysia.
1-Menindas orang Melayu dan melenyapkan satu demi satu perkampungan Melayu di bumi Pulau Pinang;
2-Membatalkan atau menghalang perarakan Maulidur Rasul pada tahun 2010 (yang sebenarnya telah diadakan);
3-Tidak membenarkan peniaga-peniaga Melayu untuk berniaga di KOMTAR semasa bulan Ramadan;
4-Merobohkan gerai-gerai milik penjaja Melayu;
5-Menggunakan dana dari sumber perjudian untuk memberi RM100 kepada warga emas;
6-Merobohkan kampung-kampung Melayu di Kg Jalan Pokok Asam dan Kg Genting, Balik Pulau; dan
7-Mengusir penduduk-penduduk India dari Kg Buah Pala,
Hakim Mahkamah Tinggi juga memutuskan bahawa Utusan Malaysia telah mengamalkan “selective vendetta” atau dendam terhadap Ketua Menteri dan DAP dengan tujuan untuk memfitnahkan mereka secara tidak adil.
*******************************************
Kenyataan Akhbar
Keputusan Mahkamah Tinggi Terhadap Penerbit Utusan Malaysia Menunjukkan Bahawa Liputan Utusan Malaysia Adalah Berniat Jahat Dan Bertujuan Menipu Pembaca, Serta Membuktikan Bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, DAP dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Bukan Anti-Melayu atau Anti-Islam
Semalam, penerbit Utusan Malaysia telah didapati bersalah oleh YA Hakim Tuan Varghese George Varughese kerana memfitnahkan YAB Ketua Menteri secara menipu, tidak jujur dan berniat jahat, dalam rencana yang bertajuk “Kebiadaban Lim Guan Eng” yang diterbitkan pada 20.12.2010, dan diperintahkan supaya membayar gantirugi am dan gantirugi keterlaluan sebanyak RM200,000 serta kos sebanyak RM25,000 kepada YAB Ketua Menteri.
Utusan Malaysia sebelum ini telah mengamok dengan pembohongan dan ketidakbenaran yang bertujuan untuk menyifatkan DAP dan Ketua Menteri sebagai anti-Melayu dan anti-Islam, maka YAB Ketua Menteri tiada pilihan lain melainkan mengeluarkan saman fitnah untuk membela nama baiknya. YAB Ketua Menteri selepas itu telah mengumumkan bahawa RM200,000 tersebut akan didermakan kepada badan-badan amal.
Penghakiman ini sekaligus membuktikan bahawa polisi-polisi YAB Ketua Menteri, DAP dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sejak 2008 memang bertujuan untuk membela semua Rakyat Pulau Pinang dengan sebaik mungkin, tanpa mengira kaum atau agama. Penghakiman ini menunjukkan secara konklusif bahawa YAB Ketua Menteri, DAP dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat bukan anti-Melayu atau anti-Islam, seperti yang didakwa secara palsu dan berniat jahat oleh Utusan Malaysia.
Dalam penghakimannya, YA Hakim Tuan Varghese telah memutuskan bahawa dakwaan “terburu-buru dan tidak bertanggungjawab” oleh Utusan Malaysia yang menyifatkan YAB Ketua Menteri sebagai rasis dan menentang apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu, adalah tidak berasas sama sekali.
YA Hakim juga memutuskan bahawa dakwaan YAB Ketua Menteri telah membuat suatu ucapan yang rasis, menentang Melayu dan institusi-institusi Melayu, adalah sesuatu yang amat sukar dipercayai, apabila tidak ada sebarang bukti bahawa para pendengar ucapan itu, yang majoritinya Melayu, telah merasa tersinggung.
Tambahan pula, YA memutuskan bahawa ketujuh-tujuh dakwaan Utusan, iaitu bahawa YAB Ketua Menteri telah:
1-menindas orang Melayu dan melenyapkan satu demi satu perkampungan Melayu di bumi Pulau Pinang;
2-membatalkan atau menghalang perarakan Maulidur Rasul pada tahun 2010 (yang sebenarnya telah diadakan);
3-tidak membenarkan peniaga-peniaga Melayu untuk berniaga di KOMTAR semasa bulan Ramadan;
4-merobohkan gerai-gerai milik penjaja Melayu;
5-menggunakan dana dari sumber perjudian untuk memberi RM100 kepada warga emas;
6-merobohkan kampung-kampung Melayu di Kg Jalan Pokok Asam dan Kg Genting, Balik Pulau; dan
7-mengusir penduduk-penduduk India dari Kg Buah Pala,
semuanya tidak disokong oleh fakta-fakta, malah berdasarkan maklumat yang diputarbelitkan dan “half-truths” atau “kenyataan separuh benar”. YA Hakim telah berkata bahawa “half-truths” atau “kenyataan separuh benar” itu sebenarnya “tidak benar sama sekali”, dan setelah mengkaji dakwaan-dakwaan tersebut, berpendapat bahawa dakwaan-dakwaan itu berniat jahat dan bertujuan untuk menipu pembaca-pembaca Utusan Malaysia.
YA juga memutuskan bahawa Utusan Malaysia telah mengamalkan “selective vendetta” atau dendam terhadap Ketua Menteri dan DAP dengan tujuan untuk memfitnahkan mereka secara tidak adil.
Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menerima dan menyokong sepenuh-penuhnya keputusan YA Hakim dalam perkara ini. Jelas bahawa YAB Ketua Menteri telah didapati tidak bersalah dalam ketujuh-tujuh dakwaan oleh Utusan Malaysia di atas, dan juga bahawa YAB dan Kerajaan Negeri tidak pernah mengambil apa-apa tindakan yang bersifat anti-Melayu atau anti-Islam seperti yang didakwa.
Kami berasa amat kesal dan kecewa melihat keadaan media massa arus perdana pada hari ini, yang dikuasai oleh parti-parti komponen Barisan Nasional dan sering dipergunakan untuk memecahkan keharmonian kaum dan agama di Malaysia.
Kami berharap bahawa Utusan Malaysia dan media massa arus perdana yang lain akan mengambil iktibar daripada keputusan YA Hakim dan menghayati seruannya bahawa pengamalan kewartawanan yang bertanggungjawab adalah amat penting kepada sistem demokratik di Malaysia.