ARTIKEL SEBELUM

23/12/11

Shahrizat beri bayangan akan letak jawatan: Saya tahu apa yang harus saya buat

Shahrizat beri bayangan akan letak jawatan: Saya tahu apa yang harus saya buat

Selepas dikecam kerana salahguna kuasa dan skandal rasuah, Menteri UMNO Shahrizat Jalil telah memberikan bayangan jelas bahawa beliau bersedia untuk meletak jawatan dalam cabinet sebelum pilihanraya yang dijangka awal tahun depan.

Walaubagaimanapun, tidak jelas jika beliau akan letak jawatan sebagai ketua wanita UMNO. Sejak beberapa minggu lepas, beberapa orang kuat UMNO termasuk Mahathir telah meyeru beliau untuk meletak jawatan.

Seruan itu bermula setelah ahli Parti Keadilan Rakyat mendedahkan skandal NFC berjumlah RM250 juta, yang menunjukkan bukti bahawa pinjaman kerajaan untuk membiaya penternakan lembu telah digunakan oleh keluarga Shahrizat untuk membeli kondo mewah di Bangsar dan Singapura, sebuah kereta Mercedes mewah juga diskaun berjuta ringgit serta pemindahan wang ke syarikat yang dimiliki keluarganya.

“Tiada siapa yang perlu memberitahu saya apa yang perlu dibuat. Sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan veteran dalam politik yang mencintai Barisan Nasional, saya tahu apa yang harus saya buat dan saya akan berbincang dengan (Perdana Menteri) Najib Razak” beritahu Shahrizat kepada wartawan pada hari Rabu.

Serangan terakhir

Pada hemat pemimpin PKR, perubahan dari segi pendirian Shahrizat itu adalah disebabkan mereka

menemui bukti bahawa keluarga Shahrizat yang mendapat projek itu telah juga membeli sebuah lagi kondo di kawasan Orchard-Scotts Residence di Singapura.

Kondo yang bernilai hamper RM10 juta itu telah didaftarkan dibawah nama suaminya

, Salleh Ismail yang merupakan ketua NFC dan juga dua orang anaknya yang juga berada dalam lembaga NFC.

“Apa yang lebih memualkan adalah kondo itu telah didaftarkan dibawah nama ahli keluarga Shahrizat dan bukan syarikat… Nama suaminya Mohamad Salleh dan juga dua anak mereka Izran dan Izzana,” beritahu setiausaha agung PRK, Saifuddin Nasution pada sidang akhbar pada Selasa lepas.

Tidak masuk akal beliau tidak terlibat kata pengkritik

Walaubagaimanapun, Shahrizat akhirnya tunduk kepada tekanan tetapi beliau masih lagi mahu menegakkan bahawa beliau tidak bersalah dan tidak terlibat dalam operasi NFC.

“Secara sah dan professional, saya tidak terlibat dengan NFC. Saya Cuma isteri kepada pengerusinya. Semua wanita ada keluarga dan suami,” beritahu Shahrizat kepada wartawan pada hari Rabu.

“Saya akan tentukan kesalahan saya sendiri.”

Shahrizat mungkin sedang berpegang kepada maruah beliau tetapi beliau tidak dapat memperbodohkan sesiapa pun termasuk ahli Wanita UMNO.

“Siapa kenal dia dari Adam?” seorang delegasi memberitahu Malaysian Insider merujuk kepada suami Shahrizat semasa perhimpunan Agong UMNO.

“Mereka tahu bahawa itu ialah suami kamu dan bagaimana kamu boleh cakap kamu tiada kaitan dengan apa yang dia telah buat? Kalau kamu bukan menteri, adakah kamu rasa suami kamu akan dapat projek itu?”

Suaminya sedang menguruskan perkara itu dengan “Bijaksana”

Di tempat yang berbeza, Salleh enggan memberi komen terhadap dakwaan condo di Singapura yang disifatkan pengkritik dari kedua-dua belah pihak sebagai pembunuh karier politik Shahrizat.

“Tidak. Sayatidak akan bercakap dengan mana-mana media. Mohon maaf,” Malaysian Insider melaporkan Salleh sebagai berkata. “Lebih baik daya uruskan perkara ini dengan bijaksana dan tidak bercakap dengan media. Saya tidak mahu bercakap kerana ia melibatkan banyak pihak.”

Malaysia Chronicle

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud