ARTIKEL SEBELUM

18/12/11

Rosmah kembali lagi: Kali ini dengan kek harijadi yang besar

Rosmah kembali lagi: Kali ini dengan kek harijadi yang besar
Rosmah sudah kembali lagi. Setelah selesai mengerjakan haji dan agak sepi semasa perhimpunan agung UMNO, wanita pertama Malaysia, atau lebih dikenali dengan nama FLOM sudah siap sedia untuk menyerlah, dan kenapa tidak?
Jika ramalan pemerhati politik tepat tentang suaminya yang bakal dijatuhkan, iaitu Najib Razak, dia akan langsung dipinggirkan dari golongan atasan. Mereka berdua akan dipulaukan seperti penyakit berjangkit dan Najib juga akan kehilangan jawatan sebagai presiden UMNO pada pemilihan parti tahun 2012 yang akan datang.
Ini akan menjadi tamparan yang maha hebat buat Rosmah.
Kek bersaiz gergasi
Pada 10 Disember yang lalu, sahabat dan pencacainya telah mempersembahkan wanita berusia 60 tahun ini dengan sebuah kek harijadi yang amat besar, hampir sebesar sebuah meja. Tidak seperti saiz dan rupa pelik yang dipersembahkan oleh pemimpin UMNO Pulau Pinang kepada Lim Guan Eng, kek Rosmah yang berwarna putih dan pastel begitu cantik.
Kek itu sudah semestinya dipersembahkan pada pembukaan Ekspo PERMATA 2011 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Melihat kepada gambar yang tersebar di alam maya, sememangnya Rosmah sendiri terpegun dengan saiz kek yang besar itu. Bukankah itu memang padan dengan orangnya?
Ramai yang berfikir, berapakah kos kek tersebut dan adakah pemberinya mengharapkan pulangan dari FLOM? Jika ia sebenarnya dibuat untuk meraikan kejayaan kumpulan kebajikan PERMATA kenapa tidak tertulis, “Selamat ulangtahun ibu PERMATA” diatasnya?
Bukankah Rosmah sepatutnya meraikan harijadi di dalam parti tertutup dan menggunakan duitnya sendiri untuk membuat persediaan itu? Walhal itu adalah harijadinya.
Apa pun, bermula dengan parti kecil yang ditaja ini Rosmah seakan-akan memberitahu semua bahawa setelah perhimpunan agung UMNO, dia sudah kembali dengan penuh gaya.
Menang atau kalah, keluarga Najib akan keluar dari Putrajaya, tiada majlis meriah meraikan mereka. Walaupun begitu, mereka akan tetap pergi dengan segala kemewahan yang telah diikaut sementara rakyatlah yang sengsara membayarnya.
Kisah cinta dan perkahwinan
Sebagai bekas pegawai bank, Rosmah sememangnya jauh lebih bijak dari rakan-rakan yang lain.
Dia telah berjaya menawan hati bakal perdana menteri dan ini telah membuktikan kelicikkannya.
Lahir dalam keluarga yang sederhana, dia berjaya memasuki Kolej Tunku Kursiah, seterusnya Universiti, mengahwini personaliti tv, mengadakan hubungan sulit dan seterusnya berkahwin dengan Najib.
Najib yang merupakan anak sulung perdana menteri kedua Abdul Razak Hussien telah pun mendirikan rumah tangga dan merupakan menteri pendidikan sewaktu mereka mula berkenalan. Namun
, percintaan mereka lebih hebat dari ikatan perkahwinan masing-masing dan mereka kemudiannya meninggalkan pasangan mereka untuk bersama.
Bagi membuktikan bahawa dia layak untuk pengorbanan yang dibuat, Rosmah membiarkan dirinya dibelakang tabir, dan menjadi seorang isteri yang taat, penyayang dan memberikan sokongan penuh kepada suami. Dia telah berjaya melindungi sikap sebenarnya yang dikatakan pengkritik sebagai seorang yang bercita-cita besar dan boros.
Tidak sabar untuk menggantikan Jeanne Abdullah
Mungkin Rosmah merasakan bahawa dia telah lama bersabar dan tidak mampu menunggu lagi untuk menjadi isteri perdana menteri sehinggakan didalam perbualannya dengan rakan-rakan rapat,
mengejek Tun Jeanne Abdullah sebagai tidak layak untuk anugerah tersebut.
Apabila sampai masa Najib mengambil alih kediaman rasmi perdana menteri, Rosmah telah menempah kelengakapan dalam rumah yang mewah dan baru berharga mencecah RM65 juta.
Tapi, pada malam 9 Disember 2006, dalam majlis makan malam rasmi yang meraikan penabalan YDA ke 12,
dia telah menunjukkan belangnya apabila mengarahkan majlis ditamatkan pada pukul 10 malam.
Dengan satu arahan keras, Rosmah telah memendekkan majlis lebih awal 2 jam yang telah menyekat YD Agung untuk bermesra dengan tetamu yang datang dari dalam dan luar negara.
Cintakan Bollywood
Kerenah besar kepala yang ditunjukkan oleh Rosmah adalah kerana semata-mata mahu menghadiri majlis penuh glamor, iaitu Global India Film Awards [GIFA BOLLYWOOD] yang diadakan di Stadium Bukit Jalil.
Disana, Rosmah dengan beraninya meninggalkan rombongan termasuk suaminya dan beberapa kenamaan yang juga dipaksa balik untuk menonton dirinya bermesra dengan artis Bollywood tanpa segan silu.
Pada ketika itu, belang sebenarnya nampak satu persatu. Skandalnya tidak mengenal batasan, dari penglibatannya dalam komisyen kapal selam Scorpene, yang melibatkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, keakrabannya dengan golongan antarabangsa yang kaya dan mewah, berbelanja dengan boros dan pembelian barangan peribadi dari beg tangan Birkin yang bernilai RM100 000 sehinggalah ke cincin berlian biru yang berharga RM73 juta.
Tabiat borosnya telah menjadikan rakyat miskin semakin geram dengan perempuan yang melantik dirinya sebagai Wanita Pertama Malaysia ini.
Malaysia Chronicle

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud