ARTIKEL SEBELUM

14/12/11

Ramalan Anwar akan didapati bersalah mengjubor Syaipool

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diberi amaran amaran bahawa keputusan 'bersalah' yang dijatuhkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perbicaraan liwat II akan menjejaskan reputasi Malaysia dari segi demokrasi.

Akhbar The Guardian dari United Kingdom, dalam kolumnya hari ini oleh penolong editor Simon Tidall, berkata orang yang harus dipersalahkan jika keputusan bersalah dijatuhkan adalah Najib.

NONE
Menurut Tidall bahawa "tanda-tanda tidak kelihatan baik" untuk Anwar apabila kes itu menghampiri penghujungnya.

Sambil membidas apa yang didakwanya sebagai "kecenderungan kuku besi" Najib dan usahanya "menakut-nakutkan rakyat secara terang-terangan", kolumnis hal ehwal luar negera itu menggesa sekutu barat di Malaysia, untuk "melihat dengan lebih dekat gelagat rakan mereka itu".

"Malaysia adalah rakan dagang yang penting, rakan pengawalan senjata dan juga anggota sekutu gabungan Afghanistan. Tetapi rekod hak asasi manusia kerajaannya dan amalan demokrasi negara itu perlu diberi lebih penelitian ...

"Apabila pengalaman pahit Anwar menghampiri kemuncaknya, nampaknya tidak mungkin bahawa penanda aras ini akan dipenuhi. Persoalan seterusnya ialah: apa yang akan rakyat Malaysia dan rakan-rakan mereka lakukan?”

Menurut Tidall, dakwaan liwat yang dilemparkan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih lima negeri pada pilihan raya umum 2008, "seolah-olah bukan suatu kebetulan".

"Sebagai pemimpin berkarisma pakatan pembangkang, Anwar merupakan cabaran terbesar bagi Najib untuk terus berkuasa," katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud