ARTIKEL SEBELUM

8/12/11

Kekayaan Nik Aziz di Malaysia sahaja RM4.6 bilion

Kah kah kah !!....silap tajuk la labu....sebenarnya bukan Nik Aziz tapi ketua Menteri paling lama berkuasa sejak 1981 sehingga sekarang atau mungkin selamanya. Jadi tak hairan kita kalau harta beliau di Malaysia sahaja dianggarkan RM 4.6 billion, di luar negara entah berapa bilion lagi.

Dan mari kita buat perbandingan dengan MB kelantan yang berkuasa sejak 1990 sehingga kini mungkin selamanya agak agak berapa bilion harta beliau ? berapa biji mahligai yang Nik Aziz dirikan di Pulau Melaka .Berapa ramaikah anak beranak Tok guru Nik Aziz jadi jutawan seperti anak menantu Taib Mahmud Ini, berpakah aet duit Nik Aziz di bank luar negara.

Akhir sekali kalau ditanya diantara dua pemimpin yang lama berkuasa dalam Msia ini siapa yang layak dan sepatut menjadi ikon dan idola ? anda boleh menilaikanya......

cerita kisah duit berbilion anda boleh baca saya dah copy paste dibawah sumber dari sini






Kekayaan Taib Mahmud di Malaysia sahaja RM4.6 bilion

Kekayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Malaysia sahaja dilapor sebanyak U$1.46 bilion (RM4.6 bilion), melalui pemilikan aset korporat di 14 syarikat.

Maklumat itu didedahkan sebuah NGO berpengkalan di Switzerland, Dana Bruno Manser (BMF) yang berkempen menentang rasuah di Sarawak.

Dakwa BMF lagi, Taib, empat anaknya, lapan adik-beradik dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi, memiliki kepentingan dalam 332 syarikat-syarikat di Malaysia, lapor Malaysiakini.

Antara tiga syarikat terbesar yang dikuasai mereka, adalah Cahya Mata Sarawak atau CMS (84 peratus daripada aset bersih RM2.4 bilion), Custodev Sdn Bhd (25 peratus daripada RM1.6 bilion) dan Ta Ann Holdings Bhd (sekurang-kurangnya 35 peratus daripada RM1.4 bilion).

CMS, yang popular dengan jolokan ‘Chief Minister’s Sons’, disenaraikan sebagai konglomerat yang terbabit dengan sektor pembinaan, simen, keluli, hartanah, pendidikan, swasta dan kepentingan broker saham. Custodev pula adalah sebuah syarikat pembangunan hartanah.

Manakala Ta Ann pula bergiat dalam bidang pembalakan dan perladangan, khususnya, minyak sawit.

BMF juga mendakwa keluarga Taib adalah pemilik tunggal Achi Jaya Holdings, pemegang monopoli ke atas eksport balak, dengan aset sebanyak RM550 juta.

Penemuan ini bercanggah dengan dakwaan Taib bahawa saudara-mara dan keluarganya cuma memperolehi kekayaan di luar Sarawak, hasil kepakaran dan bakat keusahawanan mereka.

Taib juga sebelum ini menafikan ahli keluarganya bertindak sebagai proksi beliau. Sebaliknya, dakwa beliau saudara-mara dan ahli keluarganya kaya-raya kerana mereka adalah “bijak” dan “cekap”.

“Kami anggap kepentingan korporat keluarga Taib sebagai aset haram. Terdapat banyak petunjuk bahawa Taib telah menyalahgunakan kedudukannya bagi membina empayar perniagaan berbilion ringgit berdasarkan rasuah dan penipuan,” dakwa pengarah BMF, Lukas Straumann dalam kenyataan akhbar dikeluarkan di peringkat antarabangsa pada hujung minggu lalu.

“Kami terkejut melihat keluarga Taib sebegitu kaya manakala rakyat Sarawak perlu bergelut dengan kemiskinan yang berleluasa dan kekurangan infrastruktur dan bantuan kerajaan,” katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud