Akhirnya Awie mengaku terlibat dalam satu pergaduhan di Pulau Langkawi sepertimana yang tersiar dalam akhbar dan internet
Namun kalau ikut versi Awie, pergaduhan itu taklah sebesar mana…takde lebam pun katanya.
Dia mendakwa semuanya terjadi kerana perbuatan provokasi individu tertentu yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata, pergaduhan tersebut berpunca apabila segelintir pengunjung enggan menghormati permintaannya agar tidak mengambil gambar dia di dalam kelab.
“Punca pergaduhan tersebut adalah kecil apabila saya enggan bergambar dengan mereka di dalam kelab. Saya beritahu kalau nak bergambar, ambil di luar kelab sahajalah tetapi mereka tidak hormat permintaan saya.
“Kerana tindakan itu mereka melakukan provokasi dengan mengeluarkan kata-kata kurang enak sehingga membangkitkan perasaan marah saya,” katanya.
Awie turut menafikan dakwaan dalam sebuah blog hiburan yang mengatakan dia dipukul teruk namun mengakui ada berlaku pergaduhan antara dia dengan beberapa pengunjung di luar kelab itu.
“Kira-kira 30 orang telah datang untuk menyerang saya di luar kelab tetapi mereka tidak berjaya menyentuh saya dan disebabkan itu mungkin mereka lebih berang terhadap saya.
“Anda (wartawan) boleh melihat sendiri tidak ada satu lebam pun berada di badan atau muka saya, jadi laporan mengatakan saya dibelasah teruk adalah tidak benar,” ujarnya.
Penulis nak bagi nasihat pun masing-masing dah besar, tapi rasanya Awie sebagai seorang ‘public figure’ perlu lebih banyak rileks dan ‘cool’ terutama bila berhadapan dengan situasi yang sebegitu
Ini kerana bila terjadi pergaduhan sebegini, artis juga yang akan dilihat sebagai puncanya sedangkan ia mungkin berpunca daripada pihak lain.
Namun ada juga pihak berkata, kesabaran itu ada hadnya…entahlah, tepuk dada tanya selera.
Tapi dekat Awie korang jangan tepuk tak tentu pasal, kang ada juga yang berbalut kepala, larikkkkkkkkkk! – Oleh SYAHRIL A. KADIR
