Masih ingatkah lagi anda kisah Roda gergasi yang menjadi salah satu sumber tarikan di Melaka? bukan rosak tetapi disita disebabkan hutang. Secara jujurnya, Eye on Malaysia Melaka takde la best sangat. Pada siang hari boleh nampak tapak pembinaan je. Tapi malamnya, Melaka memang cantik dengan lampu-lampu yang banyak menghabiskan duit rakyat .
“Orang buat ‘Eye on Malaysia’ dia (Ali Rustam) nak buat ‘Eye on Melaka’. Sudahnya, pelancong tak ramai, hutang bertimbun. Satu lagi projek pembersihan Sungai Melaka pun gagal. Sudahlah air tak bersih, sungainya tetap kotor dan berbau.Lepas itu “Konon nak tiru Kuala Lumpur, nak bina Monorel. Tapi Monorel di Melaka rosak selepas satu hari pelancaran , ade sampai panggil bomba selamatkan dua pelancong Mat saleh kerana terkandas akibat monorel rosak tengah jalan.
Satu lagi Projek pelancongan Pulau Besar di Melaka yang menelan jutaan ringgit, akhirnya gagal dan menjadi sarang penagih dadah” kegagalan projek pembangunan dan hutang jutaan Ringgit yang ditanggung kerajaan negeri membuktikan slogan Melaka sebagai negeri maju adalah retorik semata-mata.
Melaka memang kaya.. hohoho Ali Rustam memang bijak .....hu hu pelingkup wang rakyat.
Dan ternow Kosmo kata !! bukan aku kata, baca bawah ha ha ha sah Ali Ketam pelingkup wang rakyat kah kah kah....
MELAKA – Entah di mana silapnya, kemudahan roller coaster berhampiran Sungai Melaka di sini yang telah siap dibina kira-kira dua tahun lalu masih belum beroperasi.
Ia menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai sama ada pembinaan trek roller coaster sepanjang 335.5 meter berkenaan akan diteruskan atau terbengkalai begitu sahaja.
Tinjauan Kosmo! juga mendapati sebahagian trek roller coaster berkenaan sudah berkarat manakala gerabaknya terbiar dan dipenuhi habuk.
Difahamkan kemudahan tersebut dibina dengan kos kira-kira RM5 juta.