KUALA LUMPUR 29 Nov: Sekumpulan remaja diperalat untuk mensabotaj perarakan ke parlimen bagi membantah Akta Perhimpunan Aman 2011, anjuranMajlis Peguam semalam.
Ia hampir menyamai T Shirt yang dipakai oleh peserta semasa Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (2.0) pada 9 Julai lalu yang menggunakan kuning sebagai tema.
Ketika dihampiri, remaja berkenaan mendakwa mereka datang ke situ bagi menyertai konvoi ‘suka-suka’ ke Melaka dan singgah ke situ juga kerana ‘saja-saja’.
Remaja belasan tahun itu juga tidak mengaku memakai lapisan dalam baju berwarna kuning tetapi akhirnya menjelaskan mereka memakai baju berkenaan kerana ‘cuaca panas’.
Antara lain, TV3 dalam laporan berita perdananya, Buletin Utama semalam menyatakan Perarakan itu turut disertai Bersih 2 dan Seksualiti Merdeka, meskipun perhimpunan aman tersebut tidak ada kena mengena dengan NGO terbabit.
Menurut blog itu lagi, remaja berkenaan juga dilihat membakar baju-baju yang mereka pakai, sekaligus menguatkan lagi bukti pembohongan TV3.