ARTIKEL SEBELUM

4/11/11

PEMUDA PAS UCAP TAHNIAH KEPADA PIHAK POLIS



Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan tahniah kepada pihak penguasa Polis Diraja Malaysia kerana bertindak pantas mengharamkan program “Seksualiti Merdeka” yang dilihat berpotensi mencemar imej Islam di negara kita.

Merujuk sumber daripada Malaysiakini kenyataan Timbalan Ketua Inspektor Polis, Khalid Abu Bakar yang telah mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti penganjur 'Seksualiti Merdeka' yang dijadualkan pada 9 hingga 13 November ini.

Dalam satu sidang akhbar di Sungai Besi hari ini, beliau berkata polis tidak akan teragak-agak untuk menahan mereka yang menyertainya. Beliau juga menjamin bahawa pihak polis bertanggungjawab untuk mengekalkan ketenteraman awam. Khalid berkata, apabila terdapat ancaman kepada ketenteraman awam, maka pihak polis perlu mengambil sewajarnya.

Ekoran daripada tindakan pantas pihak polis, Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta kepada setiap Pemuda PAS negeri di Malaysia membatalkan himpunan aman bagi membantah program tersebut. Dewan Pemuda PAS Malaysia juga memperingatkan kepada pihak penganjur agar membatalkan segera niat mereka bagi mengadakan program seumpama ini.

Sekiranya pihak penganjur masih berdegil dan mahu meneruskan niat mereka, Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengerahkan segala tenaga pemuda Islam yang di Malaysia ini untuk berhimpun bagi menyatakan bantahan yang keras terhadap program yang seumpama ini.

Khairul Faizi Ahmad Kamil

Setiausaha

Dewan Pemuda PAS Malaysia

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud