(Oleh: Masdar Wahid)
KUALA LUMPUR 29 Nov: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Akta Perhimpunan Aman (PAB 2011) sekiranya diluluskan sebagai undang-undang rimba dan menjadikan ruang demokrasi di Malaysia lebih teruk dari Myanmar dan Zimbabwe.
Pakatan Rakyat juga katanya bertegas menentang dan menolak Rang Undang Undang berkenaan yang dibahas dan akan diundi di dewan rakyat hari ini.
Beliau yang menyambut kehadiran ribuan peguam yang berarak ke parlimen hari ini menggesa kerajaan mempertimbangkan gesaan Majlis Peguam supaya RUU itu ditarik balik.
Sementara itu, Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee menegaskan perhimpunan aman turut dianjurkan oleh tokoh kemerdekaan, Datuk Onn Jaafar, sehingga membebaskan tanah air dari penjajah.
Beliau juga melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang mencabar majlis peguam menubuhkan parti politik.
Menurutnya, kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dikeluarkan kerana majlis peguam adalah badan bebas yang bertindak demi kepentingan rakyat Malaysia, berasaskan undang-undang negara yang dijamin dalam perlembagaan.
## Bawah Fhoto ribuan Peguam berarak bantah Akta Perhimpunan haram