Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata walaupun pengagihan daging korban itu boleh dilakukan oleh golongan bukan Islam tapi perkara berkenaan boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan umat Islam.
“Pengagihan daging korban tidak salah dalam konteks hukum Islam” katanya dipetik Bernama Online.
Jamil Khir berkata beliau tidak mengetahui sejauh manakah kebenaran blog yang memaparkan gambar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mengagihkan daging korban kepada masyarakat Islam baru-baru ini bagaimanapun blog itu tidak menjelaskan bila dan di mana gambar anggota Parlimen itu dirakamkan.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar hari ini yang mempertikai tindakan Teresa Kok mengagihkan sendiri daging korban kepada masyarakat Islam.