ARTIKEL SEBELUM

17/11/11

Lagi pemimpin, menteri Umno dikaitkan dengan skandal

(Oleh: Masdar Wahid)

PETALING JAYA 16 Nov: KEADILAN mendedahkan lebih banyak penyelewengan dalam Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dimiliki keluarga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, berdasarkan rekod kewangan NFC, KEADILAN mengenalpasti beberapa lagi penyelewengan yang turut membabitkan menteri dan pemimpin kanan Umno.

Menurut Saifuddin, NFC menyumbangkan lembu kepada menteri kerja raya, Datuk Shaziman Abu Mansor pada 1 September 2009 bernilai RM5,281.87 dan seorang wakil rakyat Umno dikenali YB Yunus pada 30 November 2009 bernilai RM2,640.93.

Selain itu, katanya, NFC juga menjual lembu secara kredit selama setahun kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique pada tahun 2008.

Beliau dalam masa yang sama turut mendedahkan NFC turut membayar perbelanjaan Shahrizat sebanyak RM26,400 pada 2008.

Syarikat itu juga membayar RM398,640 kepada suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan anaknya, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh pada 2009 sebagai bayaran sewa pejabat di Mont Kiara.

“Tindakan mengguna wang NFC dari dana RM250 juta untuk membayar sewa kepada pengarah-pengarah NFC juga perlu dijawab Datuk Shahrizat,” tegasnya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Menurut Saifuddin, sejak NFC menerima sepenuhnya pinjaman mudah berjumlah RM250 juta, syarikat itu tidak membayar walau satu sen kepada kerajaan, samada dari segi pembayaran pinjaman pokok atau faedah dua peratus yang dikenakan.

“Jika benar sebuah pinjaman mudah seperti didakwa pimpinan Umno, NFC perlu bayar sekurang-kurangnya RM5juta setahun kepada kerajaan persekutuan dalam bentuk faedah pinjaman,” katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud