MEMANG saya akui, Kekuatan BN sebenarnya di Parti PBS pimpinan Pairin. Meski sokongan KDM merosot terhadap BN ketika ini, tetapi masih ada 40-60% KDM menyokongnya.
Kalau sekadar parti PBRS dan UPKO, itu keduanya hanya menumpang kasih di BN dan PBRS, kalau tidak sudah lama juga berkubur tanpa sokongan rakyat dan di PBRS dan UPK0 hanya pemimpin saja yang untung sikit2 dan rakyat/ahli hanya "langui2" menunggu buah tak jatuh.
Kalau PBS meninggalkan BN, saya lebih yakin politik Malaysia yang ditunggangi oleh UMNO akan tersungkur sebab PRU12 lalu memang BN sudah tersungkur di Malaya, cuma Sabah dan Sarawak menjadi "Talian Hayat" buat Najib tak kepunan duduki kerusi PM. Inilah hakikat tak siapa berani pertikai?
Nak pertikai "Talian Hayat"? sila rujuk PRU-12 di Malaysia!
Ya, kalau PBS tinggalkan BN dan PBS bertanding di ADUN atas nama PAKATAN, suasana akan sama seperti tertubuhnya PBS dahulu dan Pairin semula duduki kerusi Ketua Menteri dan ketika itu nama KDM semula akan seperti dulu dan bukan seperti sekarang hilang di peta.
Di PRU-13 ini saya cadang PAKATAN hanya tanding di semua MP di Sabah dan ini akan mudah mendapatkan kerusi kerana bandar dimonopoli Cina dan pengundi PBS akan sokong calon PAKATAN dan kesannya Sabah akan menambah kerusi MP di Persekutuan dan ini amat meyakini sangat Putra Jaya akan jatuh ke PAKATAN.
Tan Sri Joseph
Bila Putra Jaya jatuh ke PAKATAN, percaya dan yakinlah YB/MP BN akan segera berlompatan dan ketika itu akan nampak katak dan katak ketika itu bukan cari makan, tetapi katak selamatkan diri tanpa syarat sebab mereka semuanya ada kes yang bakal dibongkar dan masuk penjara dan ini merupakan mimpi buruk buat YB2 yang RASUAH begitu nyata dan kes Altantuya akan melebar.
Pemimpin atasan hakikatnya tidak takut kalah, yang mereka takut ialah ketika kalah semuanya akan disiasat kala ada kes Rasuah dan tetap penjara akan dipenuhi oleh YB2 yang berkenaan dan akan ada pula " KERAjaan Penjara" nantinya dan ketuanya kita sudah tahu siapa. Altantuya!
Salam
ISMAILY BUNGSU
sabah