Satu hari , satu cerita.... Mati Oi, kalau macam ni.. Yg mana satu ni di jajah atau tidak ? Pening pening...
Profesor Kangkung cakap lain.. Menteri Kongkang cakap lain.. Yahoo Malaysia Boleh!
wa ka ka ka ....
Tun Dan Prof Kling kena belajor sejarah balik kih kih kih...
Ni dia penagan Abang Mat Sabu kacau bilau dibuatnya kisah sejarah Malaysia kah kah kah..
Ini aku nak nulis sejarah sikit, sejak tahun 1511 Portugis jajah Melaka kemudian disambung , kita dijajah oleh Belanda...
Kemudian Tahun 1824 perjanjian Inggeris - Belanda mereka buat tukar suka sama suka ,Gua ambik Indon Kata Belanda , lu Inggeris Angkat Tanah Malayu ha ha ha demer paraid Kepulauan Melayu ..sesuka hati mereka pada masa tu.
Bila time World War 2 .Nipon(jepun) pulak jajah Tanah melayu ...masa tu Tok aku puas kena penampor Jepun .Orang Putih cabut lari lintang pukang. Memang terseksa hidup di zaman jepun kata Atok aku dan masa tu juga tertubuh MPAJA ( malaysia people Anti Japanse Army ) orang putih sokong abis siap support bagi senjata pada MPAJA.
Bila dua biji Bom atom digugur di Nagasaki dan Hiroshima Tentera Nipon angkat berdera putih .Maka berakhir Perang Dunia Kedua. Tapi MPAJA ni tak nak letak senjata bila Orang Putih datang balik maka ini la dia punca gerakan komunis .
Aha... inilah yang aku belajar masa sekolah dulu apa yang cikgu ajar seingat aku, tu aku tulih ringkas je kalu ikut panjang lagi hu hu..Maknanya negara kita memang kena jajah.
Maka Pro kangkung tu saje ubah fakta demi membodek yang terlampau sangat he he he...tapi apa yang aku tulis dan belajar dulu disahkan betul oleh Timbalan Pedana Menteri (baca abis dibawah)..
Mampos dan bercelaru pemikiran rakyat disebabkan pengampu dan pembodek...
TPM akui Malaysia pernah dijajah
Muhyiddin berkata, pendirian kerajaan adalah demikian walaupun sebelum ini didebatkan bahawa negara masih ditadbir oleh sultan, dengan nasihat British.
"Sebabnya kita tahu bahawa kita dijajah. Dalam sejarah dulu residen British atau penasihat pada waktu itu beri nasihat kepada raja.
"Dan dalam konteks ini, nasihat pesuruhjaya atau residen itu perlu diterima.
"Bermakna walaupun ada (sultan) itu tetapi dia tidak bebas, dia terpaksa mengikut apa yang dianjurkan pihak (British).
"Atas dasar itulah kita kata kita harus berjuang untuk memerdekakan negara," katanya ketika menjawab satu soalan tambahan daripada Azmin Ali (PKR-Gombak) di Dewan Rakyat hari ini.
Katanya lagi atas sebab itu, isu yang mencetus kontroversi sebelum ini, tidak harus didebatkan dengan lebih panjang lebar.